Header Ads

Gagal Parking Kereta, Dua Wanita Cuba Angkat Dan Tolak Kereta Ke Dalam Kotak Parking


Sudah semestinya kita semua berpengalaman semasa di parkir pusat beli belah melihat pemandu lain khususnya pemandu perempuan lazimnya berdepan dengan kesukaran untuk meletak kenderaan mereka dalam petak parkir yang disediakan.

Tetapi, insiden yang berlaku di bandar Jimo, yang terletak di bandar Shandong di Timur China boleh dikatakan suatu pengalaman yang melucukan buat kedua-dua wanita berkenaan.

Insiden lucu yang berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan percubaan dua orang wanita untuk meletakkan kenderaan dalam kawasan petak parkir sehingga membawa kepada usaha untuk mengangkat kereta tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi tujuh minit, seorang wanita dipercayai rakan kepada pemandu dilihat keluar dari kereta dan cuba memberi bantuan kepada pemandu wanita itu bagi membolehkan dia memarkir kereta yang mana di bahagian kiri dan kanan petak parkir kosong itu terdapat dua buah kereta lain.

Wanita itu memberi isyarat kepada pemandu kereta itu seperti mengarahkan pemandu wanita itu membetulkan stering kereta, selain dilihat berkali-kali pemandu itu mengundurkan kenderaannya bagi membetulkan posisi.



Namun, selepas beberapa kali cubaan, usaha pemandu wanita itu masih tidak berhasil apabila dia kelihatan bergelut untuk meletakkan keretanya di kawasan petak parkir.

Seolah sudah putus asa, pemandu wanita itu keluar dari kenderaan, dan mereka berdua memutuskan untuk mengangkat dan menolak kereta tersebut bagi memastikan ia berada dalam petak parkir.

Lebih melucukan, seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan di kawasan berkenaan datang menghampiri kedua wanita itu dan cuba membantu dengan turut sama mengangkat kereta tersebut – tetapi tidak berhasil.

Aksi dramatik tersebut berakhir selepas seorang lelaki muncul lalu memandu kenderaan wanita itu dan meletakkan ia dalam petak parkir. 

Di penghujung video itu kelihatan lelaki yang membantu wanita itu sebenarnya pemilik kepada kenderaan yang diparkir bersebelahan dengan kereta wanta berkenaan. Lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi. -www.kakishare.my

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.