Header Ads

"Geram Sungguh Pada Manusia Yang Tak Tahu Tunjuk Rasa Hormat" - Chef Wan Tunjuk Jari Tengah Pada Siapa Tu?




Chef Wan baru-baru ini memuat naik satu status mempertahankan anaknya Serina Redzwan berhubung isu rumahtangga anaknya itu. Ramai peminat chef yang popular itu melahirkan rasa simpati dan marah dengan sikap menantu lelaki yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab. 

Terbaru, Chef Wan memuat naik satu foto di IG dengan menunjukkan jari tengah. Tertanya juga kepada siapa jari tengah itu ditujukan? 

'Tiada Rasa Hormat'


Namun seperti yang biasa terdapat dalam mana-mana IG selebriti popular pasti akan ada yang mengambil kesempatan untuk mengiklan perniagaan mereka di post-post tertentu. Tapi kerana post yang dimuat naik oleh Chef Wan merupakan post yang agak sedih mungkin tidak sesuai untuk spam komen perniagaan. Ini menyebabkan Chef Wan melahar spammers yang bagi dirinya tiada hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati perasaan orang lain. 

Chef Wan merasakan tindakan spammers ini seperti tamak dan mengganggu privasi orang lain kerana menjual perniagaan mereka di post yang tidak berkaitan. Tindakan ini dah lama berlaku sehingga menganggu interaksi antara peminat dan selebriti berkenaan. 

Bagi spammers dinasihatkan supaya menjaga sensitivi antara satu sama lain dan jika ingin beriklan diharap tidak menganggu orang lain.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.