Header Ads

Hadiahkan Nenek Beg Jenama Mewah LV, Nenek Guna Beg Letak Ikan Segar Dan Sayur




Beg berjenama mewah Louis Vuitton (LV) sememangnya terkenal dengan rekaan menarik serta diminati oleh golongan wanita yang ingin nampak bergaya. 

Oleh itu, seorang wanita di Taiwan membuat keputusan untuk membeli satu beg tangan jenama tersebut untuk dihadiahkan kepada neneknya setelah mengetahui neneknya tidak pernah membeli beg tangan baru sejak sekian lama. 

Dengan perasaan gembira, wanita tersebut membelikan beg tangan klasik LV dan menghadiahkan kepada neneknya. Namun, wanita itu sangat terkejut apabila melawat neneknya kemudian hari. Nenek wanita telah menggunakan beg tangan tersebut dengan cara yang tidak disangka-sangka. 

Wanita itu terkejut apabila mengetahui neneknya menggunakan beg tersebut untuk membawa sayur dan ikan segar setiap kali pergi ke pasar. Neneknya mengucapkan terima kasih kerana memberi beg LV berkenaan. 

Melihat betapa gembiranya neneknya, wanita tersebut tidak berkata apa-apa malah sangat berpuas hati apabila neneknya itu gembira dengan pemberiannya. 

Patutlah beg LV ini mendapat reputasi kerana tahan lasak dan tahan lama. Malah kalis air pulak tu!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.