Header Ads

Haruan Makan Anak, Tukang Rumah Dipenjara 18 Tahun Dan 20 Kali Sebatan




Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman atas pertuduhan merogol anaknya sendiri.

Tertuduh yang berusia 37 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang menyebabkan mangsa melahirkan anak dua bulan lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan 18 tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua dan kedua-kedua hukuman itu berjalan serentak.

Bapa tiga anak itu melakukan perbuatan terkutuk tersebut kira-kira jam 12.30 malam hingga 1 pagi rumah di mereka pada 7 hingga 20 April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perkara sama pada waktu dan tempat yang sama pada 1 hingga 20 Jun tahun lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, bagi mengelakkan perbuatannya ketahuan, tertuduh sebelum ini turut mengugut untuk mencederakan mangsa dan memukul isterinya yang berusia 35 tahun.

Walau bagaimanapun, sumbang mahram itu terbongkar selepas pihak polis dimaklumkan oleh penduduk kampung.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.