Header Ads

"Hati Isteri Mana Yang Tak Hancur Bila Zuriat Dikandung Tak Sempat Lihat Dunia"




Bilamana seorang perempuan itu berkahwin, lambat atau cepat mesti akan terdetik rasa nak mengandung nak jadi seorang ibu. Tak semua bernasib baik dan tak semua juga tidak bernasib baik sebab sekarang ni tak macam2 teknologi ada yang boleh bantu masalah infertility. 

Yang bernasib baik, tahniah i ucapkan kepada korang semua. Jaga kandugan baik2 jaga pemakanan dan jadilah ibu bapa yang terhebat. Untuk yang kurang brnasib baik, it’s ok my dear because you are not alone. I pun senasib dengan korang.

Hati isteri mana yang tak hancur tak menangis bila hati akal dan diri mengharapkan adanya zuriat yang dikandung di dalam rahim tapi bila cukup bulan darah yang keluar setelah bermacam2 simptom mimik simptom2 pregnant yang kita dah rasa. Masih tidak berjaya. Kesedihan yang tidak dapat dibayangkan.

I kongsikan apa suami i pesan bila i mula rasa down rasa stress sbb masih tak mampu nak hamilkan anak dia. Dengan harapan apa yang i kongsikan ni mampu ubat hati korang yang senasib dengan i.

This is what he said to me yang buka mata i untuk tak rasa sedih.

“Kita kawin sebab apa? Sebab anak ke sebab Allah?”

“Jadi ingat apa yang jadi ni mesti ada sebab Allah Maha Mengetahui lebih dari makhluk. Mungkin kita tak bersedia lagi, mungkin kewangan kita tak kukuh lagi, mungkin Allah nak kasi rezeki yang kita tak sangka2 dan MUNGKIN IBADAT KITA MASIH LAGI KURANG”

Apa yang i boleh cakap kt sini ialah, kita nak minta pada Allah tapi kita buat tak apa yang Allah minta kita buat? Kewajipan kita sebagai hamba?

Sama2 kita renungankan dan semoga kita diberi kenikmatan rezeki zuriat dari Allah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.