Header Ads

Ibu Menyesal Merokok Ketika Mengandung, Kini Anaknya Hidapi Penyakit Jantung Berlubang




Umum dah mengetahui tabiat merokok tidak membawa sebarang manfaat dan faedah kepada kesihatan malah ianya hanya membahayakan kesihatan bukan sahaja kepada perokok tetapi orang sekeliling juga terdedah kepada kesan asap rokok tersebut. 

Kini seperti sudah menjadi gaya hidup bagi wanita untuk merokok. Lebih teruk lagi ada juga wanita mengandung tetapi masih juga merokok. Bagi Ita, 30, dia kini menyesal apabila anak ketiganya yang dilahirkan disahkan mennghidap penyakit jantung berlubang. 

Mengikut laporan Harian Metro, anaknya Mikhael 4 bulan terpaksa menanggung akibat perbuatannya yang meroko ketika mengandungkan anaknya itu. 

"Saya mula merokok semenjak usia remaja. Ketika mengandungkan Mikhael pun saya merokok tetapi tidak kerap. Dua kehamilan sebelum ini juga sama tetapi mereka tiada masalah kesihatan. 

"Tidak sangka pula kali ini ia akan memberi kesan pada Mikhael. Apabila Mikhael yang terpaksa menanggung akibat daripada perbuatan saya, saya rasa menyesal dan bersalah sangat,"

"Dulu sekurang-kurangnya satu kotak rokok sehari, tetapi apabila doktor kata Mikhael hidap jantung berlubang, saya terus berhenti. 

"Sejak Mikhael dilahirkan di Hospital Ipoh, dia sudah mengalami masalah pernafasan. Bagaimanapun doktor meminta Mikhael dirujuk ke hospital di Selangor selepas saya selesai berpantang. 

"Pada mulanya saya ingatkan tidak serius, tetapi apabila saya bawa Mikhael ke Klinik Desa Padang Jawa untuk pemeriksaan bulanan, doktor terus panggil ambulans untuk bawa dia ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana pernafasannya merosot.

"Semua orang pun tahu bahawa rokok adalah penyebab utama masalah kesihatan. Tetapi sebelum ini tidak kena pada kita, bila dah kena baru sedar. Kalau Tuhan nak tunjuk, bila-bila masa sahaja," 

Mikhael akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) tetapi tarikh pembedahan masih belum diberikan. Semoga kisah Ita ini dijadikan iktibar kepada perokok terutamanya golongan wanita.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.