Header Ads

"Ini Kisah Family Aku Yang Sangat Pengotor"




Ni pasal family aku. Iye. Family aku yang tersangatlah pengotor. 

Aku dah tak larat nak simpan sorang2 benda ni sebab sebab aku stress. Tapi ni aib keluarga. Jadi ini jelah medium yg ada utk aku luahkan. Mohon nasihat aku ye.

Aku baru je habis belajar degree sem 7 kat satu ipt ni, and esok aku akan sambung dgn latihan industri. Dekat2 dgn rumah. Aku seboleh-bolehnya tak nak duduk dekat rumah sebab stress. 

Aku duduk rumah flat. Family aku susah. Dah nama pun flat. Mestilah sempit kan. Beberapa tahun dulu mak aku decide nak pegi keje jadi cleaner dekat sekolah. Itu startingnya rumah aku jadi reban ayam.

Masa aku study luar negeri, kekerapan aku balik ada lah dalam 1 kali sebulan. Setiap kali aku balik, aku mesti akan kemas bilik2, sental bilik air, sapu ruang tamu. Itu semua aku tak kisah. Aku ikhlas. Sbb aku pun jarang balik. 

Tapi yg aku tak boleh tahannya, setiap kali aku balik, bilik air macam tak penah sental sebulan, Rumah tak berkemas sebulan, bilik penuh dgn kain baju tak berlipat. Lagi teruk, kain yg sidai bulan lepas tu masih ada kat ampaian. 

Ampaian tu pun bukannya ampaian sangat pun. Dalam bilik je. Bilik pulak sempit. Kadang2 tu aku tak nampak mana lantai bilik tu sebab penuh dengan baju. Eh tak tak. Most of the time tak nampak pun lantai. Tu tak masuk lagi baju dalam bakul. 

Yang dah masuk machine siap spin, tapi tak bersidai. Bau bangsat kau tau.. Hairan jugak aku. Aku ada 2 orang adik perempuan sorang lelaki. Tak penah buat keje rumah ke? Tidur macam mana? Katil pun penuh dengan baju, dan barang2 yang aku pun tak tau dari mana datangnya.

Bilik air pulak, bapak aku dah tua, jadi dia upgrade dari jamban cangkung ke jamban duduk. Air dari washing machine jadi tersumbat sebabkan takde saluran yg betul sebab dah renovate. Taktau la nak explain macam mana. 

Jamban tu tak penah sental. Aku rasa mcm aku sorang je yg cuci jamban tu sebulan sekali. Dengan bau hancing kesumat ya Allah…. Sakit dada aku masa aku nak confess ni. 

Toilet seat tu, lagi la tak penah sental. Ada air kuning2 dekat seat tu. Kau rasa? Kadang2 aku jumpa kahak atas lantai. Dinding berlumut.

Tu tak masuk lagi pinggan mangkuk kat dapur. Perghhhhh. Pinggan tak main la bertimbun atas sink. Dia punya timbun tu dekat atas meja bawah meja. Aku lagi stress kalau bapak aku masak. 

Masak memang handal. Cakap je apa. Bapak boleh! Tapi standard la laki lepas masak tak kemas balik. Kicap tumpah, bawang yg dah potong biar je dgn chopping board atas meja. Dgn kulit bawang tu sekali dia tak buang. 

Time masak asyik nak mengarah orang. Mana garam mana kicap. Padahal dia hari2 masak. Haihh. Sampah pulak berbau. Lantai dekat dengan sinki tu tak penah kering. Kau boleh bayang tak geli dia mcm mana? Selalu kalau aku balik aku la tukang sapu, lap.

Bapak aku ni baru je diberhentikan kerja awal tahun ni. Starting daripada tu laaaaagi la rumah ni macam kandang binatang berwarna merah jambu. Serius aku tak exaggerate. 

Lantai satu rumah berminyak melekit. Habuk merata. Aku tak nampak lantai. Jadi mcm kes bilik tadi. Lagi sadis sebab adik2 aku tak teringin langsung nak tolong mak bapak aku masa aku takde. Cakap la apa pun. Dorang jenis tak makan saman.

Mak bapak aku ni ada sejenis penyakit ni. Hoarders. Dorang beli n kumpul barang2 ikut sesedap hati. Tapi tak guna pun. Bapak aku beli equipment nak kurus tapi tak guna, mak aku beli katil saiz besar, tapi tidur atas lantai je. 

Kain baju yg tido atas katil. Beli Tupperware tp tak guna pun. Tv besar gabak kalau boleh lagi besar lagi bagus, siap dgn speaker mengalahkan speaker dewan. 

Tu tak masuk lagi kalau pegi kenduri kawin, aku seboleh2 tanak ambik doorgift tu sbb aku tau nnt rumah sepah. Mak aku taaak. Anak 4, 4 la kena ambik. Rasa berdosa agaknya kalau tak ambik.

Padahal bukannya mak aku guna pun. Bapak aku kumpul spec hitam bersepah2 kat rumah. Kalau dia simpan elok2 dalam box sedap sikit takde la sepah2.

Aku serius stress. Family aku bukan jenis alim. Dorang tak penah solat. Sbb tu tak kisah rumah kotor dan takde ruang utk solat. Aku bila balik tempat belajar aku rasa sedih, malu sebab aku tak pandai nak solat jemaah. 

Nak imamkan solat mmg jauh sekali. Mmg kat rumah ni seumur hidup aku bapak aku tak penah imamkan solat aku. Haritu housemate aku suruh aku imamkan solat kami tapi aku jadi sentap sebab tak penah diajar. 

Seharian aku mendiamkan diri. Kesian dorang mesti tak tau mana salah dorang. Takkan aku nak bagi tau dia yang mak bapak aku tak penah ajar? Aku risau nasib mak bapak aku akhirat nanti. 

Aku penah nasihat mak aku, solat sebab banyak sgt dugaan keluarga kami. Itu semua lain kali la kalau nak cerita. Tapi tu la. Semua dipandang sepi.

Aku malu kalau orang datang rumah. Aku rasa aku sorang je yg beriya nak kemas. Semua yg lain buat bodoh. Bila aku tanya mak aku, tak malu ke kalau sedara mara datang? 

Tempat solat pun takde. mak aku ckp dia dah takde rasa malu dah. Ya Allah. Macam mana la aku nak selesaikan masalah dalam rumah ni. Bukan aku tak nasihat semua orang, aku dah cakap. 

End up aku sendiri yg akan kemas semua benda. Tapi dorang akan sepahkan balik. Makan kat ruang tamu, tinggal je pinggan mangkuk cawan dgn sampah sarap kat situ. Sampai berbau. 

Haihhhh taubat la. Aku nak habis intern cepat2 sebab nak keluar dari rumah ni. Duduk borneo pun takpe. Asalkan jauh dari rumah. :(


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.