Header Ads

"Jangan Cari Salah Suami Jika Nafkah Yang Suami Beri Hanya Sedikit"




Assalamualaikum semua..niat di hati cuma ingin berkongsi pendapat..

Zaman sekarang TERLALU BANYAK kisah suami ditanggung isteri, isteri perlu bayar keperluan rumah, isteri tak cukup nafkah dan sebagainya. Akhirnya? Berlakulah penceraian.

Wahai isteri-isteri budiman sekalian. Pernahkah anda berada di dalam situasi ini? Isteri bekerja, suami juga bekerja. Suami memberi nafkah setakat yg termampu kepada isteri. 

TETAPI belanja yang diberikan suami tidak mencukupi, isteri terpaksa menampung keperluan harian keluarga, suami seorang yang sangat bertanggungjawab cuma kekurangan dari sudut nafkah bulanan yang diberikan walaupun sedaya upaya suami sediakan sebaiknya.

Saya percaya ramai isteri-isteri di luar sana frust dengan keadaan sebegini. Disangkanya kahwin meluaskan rezeki keluarga, sekarang isteri pula terpaksa membayar bil segala.

Ketahuilah kamu isteri-isteri yang redha bahawa ganjaran pahala sangat banyak menanti anda.

Jangan pernah sangka bahawa rezeki keluarga itu datang daripada suami sahaja. Rezeki Allah itu datang kepada keluarga kamu melalui kamu wahai kaum isteri.

Gembirakanlah hatimu yang gundah gulana mencari salah suami yang hanya mempunyai satu kekurangan terhadapmu.

Gembirakanlah hati suamimu kerana sesungguhnya beliau juga tidak rela berlaku begitu.

Benar isteri itu tanggungan suami. Jika suami itu telah memberi nafkah semampu beliau, tanggungjawab beliau sudah terlaksana.

Maka jalankanlah tanggungjawab sebagai isteri pula untuk sentiasa menyenangi dan menenangkan suami.

Jangan biar syaitan menguasai diri sehingga penceraian terjadi. Teguhkan lah masjid yang anda bina dari hati.

Nasihat ini tidak valid untuk golongan suami yang TIDAK BEKERJA, MALAS BEKERJA, KAKI PUKUL dan sebagainya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.