Header Ads

"Jangan Zahirkan Aib Adik Beradik Di Media Sosial"




Saya merupakan anak ke4 dari 5 adik beradik. Dalam keluarga,saya akui saya antara yang kurang berkomunikasi dengan adik beradik tapi masih memerhatikan apa yang berlaku dalam keluarga dan masih juga menjalankan tanggungjawab sebagai anak balik kampung sebulan sekali atau 2minggu sekali. 

Cumanya kekangan kerja saya dan suami agak terbatas untuk meneman ayah dan mak ke hospital tapi kadang kala ada juga. Cuma tidak sekerap seperti kakak saya sebab dia bekerja di hospital juga. 

Cuma yang kurang berkenan,kakak saya suka upload status dia penat menghantar ayah dan mak di hospital.bukannya tidak boleh berbincang sesama adik beradik untuk bergilir-gilir menghantar dan bawa jalan-jalan.

Adik beradik yang lain masih boleh dibawa berbincang tapi disebabkan kakak saya ini terlampau emosi kadang kala membuatkan perhubungan adik beradik renggang. Kenapa tidak diceritakan depan-depan. 

Semua diupload di fb..kadang2 nampak sangat macam kami tidak mengambil peduli langsung hal mak ayah…macam kami yang lain anak durhaka..sedangkan duit bulanan dan duit untuk beli barang2 perubatan saya masih hulurkan.

Moralnya disini..janganlah terlampau terbuka membuka aib adik beradik di mana laman2 sosial.mungkin masing2 ada masalah sendiri yang tidak diceritakan. Berbincanglah depan2 untuk mengelakkan pertelingkahan. 

Tidak salah untuk menjadi anak yang solehah tapi bagi juga peluang anak2 yang lain untuk berjasa kepada ibu bapa juga. Mungkin abang dan kakak saya yang lain kurang common sense nya tapi dengan menyindir di fb tidak akan mengubah mereka kecuali ditegur dengan cara yang berhikmah. Fb ini boleh membawa bahana kalau tidak digunakan secara berhemah…


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.