Header Ads

"Jika Kita Asyik Salahkan Orang Lain Bermakna Kita Salahkan Allah"




Kita hanya merancang, Tuhan yang meentukan. Sering kali bila sesuatu perkara terjadi pada diri kita yang tidak mengikut kemahuan diri pasti akan menyalahkan pihak lain. 

Namun, semuanya itu sudah menjadi kehendak Allah. Perkongsian dari Abdul Ghani Haron ini dapat menjadi iktibar untuk kita semua. 

Seorang yang datang nak mengambil beras sedekah dirumah saya terlewat dan beras telah habis,dia marah -marah saya kerana beri terlalu awal.

Seorang ibu tunggal yg kesal kerana YB tidak membantunya merungut menyumpah mengapalah dia jadi YB tapi tak boleh menolong.

Seorang remaja menendang motornya yg pancit dijalan depan rumah saya sambil memaki hamun motornya sendiri yg buat hal.

Mari kita merenung semua kejadian yg saya ceritakan ini. Ketiga-tiga mereka menyalahkan pihak lain atas apa yang berlaku. Mungkin betul pihak lain bersalah,mungkin tidak, tetapi hakikatnya yg paling betul ialah itu adalah ketentuan Allah. 

Ini kerana tidak ada satu pun di alam ini yang terjadi secara kebetulan, sebagaimana disebut dalam Al-Qur`an, “... Allah mengatur urusan (makhluk-Nya)….” (ar-Ra’d: 2)

Dalam ayat lain dikatakan, “… dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula)....” (al-An’aam: 59) 

Jika kita menginsafi bahawa setiap yg berlaku adalah dg kehendak Allah,bukan kehendak manusia, maka tidak ada satu perkara pun yg terjadi kpd kita harus dikesalkan,tidak ada menuding tangan menyalah pihak lain. 

Bahkan terasa jika kita kesal,kita kesal pada Allah,jika kita salahkan orang lain,bermakna kita menyalahkan Allah. Jalan terbaik bersyukur atas semua takdir,paling kurang,redo pada apa saja yg terjadi. Nescaya lapanglah hati kita,nescaya Allah buka jalan keluar yg terbaik.

Jangan salah pengadil,atau jurulatih, atau penjaga gol kerana pasukan kita tewas kerana begitulah kehendak Allah walau semua pemain telah berusaha. 

Jangan kata anak bodoh,malas jika gagal mendapat A dlm peperiksaan kerana Allah telah mengatur hidupnya.Jangan kesal pokok yg ditanam tidak hidup,ayam yg diternak mati kerana yg menghidup dan mematikan adalah Allah.

Jangan kemurungan jika terkena penyakit kerana nikmat sihat itu anugerah Allah,sakit juga anugerahnya.Jika tersepak seketul batu dijalan,berdarah ibukaki, yakinlah itu juga kehendak Allah,pandanglah secara positif.

Bila hidup kita penuh redo sentiasa mengembali segalanya kpd Allah, barulah kita akan mencapai kesempurnaan hidup sebagai seorang muslim yg bartakwa.

Dialah Allah Yang menciptakan dan mengatur semua peristiwa, bagaimana mereka berawal dan berakhir. "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya, yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (al-Hadiid: 22)

Saya mengajak anda mendidik diri untuk mengembalikan segalanya kpd Allah. Berhentilah mencari salah pihak lain,mengangkat jari menuding kpd pihak lain,kerana secara tidak sedar kita menyalahkan Allah yg menakdirkan segala sesuatu. 

Marilah kita menjadi orang yg positif pemikirannya iaitu dg mengembalikan segala kpd Allah,redo atas ketetapan dan takdirnya dan bersyukurlah.Moga anda mahu merenung sejenak.Wallahua'lam.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.