Header Ads

Kabel Elektrik Tumbang Ragut Nyawa Pelajar




Malang tak berbau. Seorang remaja perempuan maut selepas lehernya tersangkut pada kabel elektrik ketika sedang membonceng motosikal di Ipoh.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku apabila kabel berkenaan terjatuh sebelum tersangkut di leher Nurul Huda Ashira Abdullah, 16, sehingga menyebabkannya maut di tempat kejadian.

Nurul Huda kemudiannya dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Zainal Abdullah, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bersama rakan perempuannya berusia 15 tahun yang menunggang motosikal berkenaan dalam perjalanan menghala ke Bota dari arah Parit.

"Setibanya di tempat kejadian yang ketika itu hujan lebat, tiba-tiba kabel tiang elektrik di sebelah kiri jalan telah terjatuh.

Penunggang motosikal berkenaan cuba mengelak tetapi kabel tersebut tersangkut di leher mangsa yang duduk di belakang,"

Penunggang bagaimanapun bernasib baik dan hanya mengalami kecederaan ringan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.