Header Ads

"Kakak Selalu Salahkan Diri Sendiri Kerana Bercerai Walaupun Yang Curang Adalah Suami Dia"


Kakak aku dah kahwin ada anak sorang. Rumahtangga bermasalah gara2 orang ketiga. Perempuan tu mulakan dulu luahkan perasaan pada abg ipar aku. Abg ipar aku apa lagi. Lelaki kan. Macam kucing la takkan tolak ikan depan mata. 

Masa kakak aku tahu tu memang kakak aku marah pada suami dia je sebab pikirkan suami dia yang mulakan. Rupanya beberapa hari lepas tu kantoi rupanya perempuan tu yang mulakn dulu. Jadi kakak aku buat keputusan untuk jumpa ketiga2. Masa tu kakak aku mengandung. Mereka kononnya minta maaf dan janji takkan buat lagi. 

Tapi rupanya kakak aku ditipu. Setahun ditipu, hubungan mereka dh serius siap panggil sayang2 dah. Setahun ditipu akhirnya kantoi lagi. Kakak aku cuba lagi bersemuka tiga2 minta penjelasan. Betapa kakak aku merayu supaya jangan tinggalkan dia demi anak yang masih kecil, belum setahun pun.

Perempuan tu? Dia cakap dia tak sanggup bermadu. Tapi kali kedua jumpa, pn berakhir mereka janji akan stop lagi. Tapi aku dh agak dh. Takkan dorang senang2 nk berhenti. Baru kenal kejap pn takleh stop, ni kan pulak dh setahun hubungan mereka. 

Sepanjang ditipu tu patut la abang ipar aku selalu balik rumah lambat. Rupanya syok berdating. Masa mengandung kakak aku slalu ditinggalkn sampai malam lepas isyak atau pukul 10 malam baru balik. Alasan banyak kerja. Kakak aku tak pernah merungut. Memang dia percayakan sangat2. Lagipun dia sebenrnya rasa bersalah pada suami sebab dia tak berkerja membantu suami. Jadi dia rasa dia bersalah rasa rendah diri jd dia tak pernah merungut. 

Masa kali kedua perjumpaan tu, depan2 perempuan tu abg ipar aku cakap dia dh taknak kakak aku. Dia dah takde perasaan pada kakak aku. Dia betul2 tawar hati. Kakak aku merayu. Jangan tinggalkn dia demi anak yg masih kecil. Sedih aku pikir kakak aku dimalukan begitu depan perempuan tu. Lagi puas hati perempuan tu agaknya bila dengar macam tu.

Last2 hampir setahun selepas perjumpaan kali kedua tu, kakak aku diceraikan ketika mereka bergaduh. Ketika bergaduh memang abg ipar aku cakap lagi skali dia memang dh takde perasaan. Dah bagitahu dulu tapi paksa2 juga untuk teruskan perkahwinan pikirkan anak. Abg ipar aku cakap dia rasa better berpisah je. Penat dah pikir pasal anak. Sekarang nk pikir pasal diri sendiri & masa depan sendiri. Allahu.

Semasa dalam tempoh iddah, kakak aku pergi berjumpa keluarga perempuan itu. Kira itu dh ikhtiar terakhir la untuk selamatkan rumahtangga dia. Mintak tolong ayah perempuan tu nasihatkn anaknya. Tp abg ipar tahu, jadi dia datang juga dan bagitahu pada ayah perempuan tu yang dia dengan kakak aku dh bercerai. So takde issue la anaknya ganggu rumahtangga mereka. Last2 ayah perempuan tu cakap dah tak boleh buat apa sebab dh bercerai. Dia suruh kakak aku balik selesaikn sendiri masalah rumahtngga. 

Kakak aku ikhtiar last tu sebab suami pn janji nak rujuk balik. Tak ada siapa yang tahu mereka dh bercerai masa tu. Tapi last2 suami dia malukn dia sekali lagi depan famili perempuan tu bagitahu mereka dh bercerai. Nampak kakak aku je mcm tak boleh terima kenyataan.
Alasan abg ipar bagitahu famili dia yg dia dah tak leh terima kakak aku pun semua yang bukan2. Kakak aku jaga makan minum pakai dia tiptop. Dia sendiri mengaku. Sebab tu dia bagi alasan remeh2 yg lain. Semua dia bagi kakak aku je nampak buruk nak tutup salah dia. Sekali lagi kakak aku tak pasal2 dapat malu. Nampak kakak aku je buruk.

Sampai sekarang mereka dh habis iddah, kakak aku masih lagi boleh buat baik layan baik bekas suaminya. Masih berharap dpt bersatu balik dengan bekas suami dia. Bayangkn dah ditipu macam2, dimalukan berkali2. Aku yang naik geram. Memang la aku akui bekas suami dia tu bab nafkah okay. Layanan pun okay je pd kakak aku walaupn masa tengah berskandal. Nafkah tak tinggal. Perhatian lebih pada kakak & anak mereka. 

Even sampai sekarang pun memang nafkah anak tak pernah tinggal. Memang bekas suami sediakn kelengkapan anak tiptop. Even belanja makan mnum kakak aku pn dia ada bagi lagi walupun iddah dh habis lama dulu. Kadang2 belikan kelengkapan kakak aku. Dh habis iddah pun masih hadiahkan kakak aku jam tangan mahal, itu ini. Selalu bawak kakak aku makan luar sedap2. Aku akui la memang abg ipar aku tu memang concern orangnya. Sebab tu skandal dia sanggup buat apa saje untuk dapatkannya.

Kakak aku pernah cakap dia rela bermadu. Tapi jangan ceraikan dia. Tapi dh skandal ckp tak sanggup bermadu nak buat mcm mana lagikan. Abg ipar aku pn sedar la kot tak mampu ada dua bini dengan gaji 5k je. Makan gaji je bukan ada bisnes sendiri. Tambah2 lagi perasaan dh syok sgt dengan skandal. Semua skandal lagi baik dari isteri sendiri. Perasaan pun lama2 jadi makin tawar pada isteri.

Sampai sekarang pun kakak & abg ipar whatsapp & sembang masih panggil syg-b. Memang nampk concern jaga kakak aku lagi walau dh bercerai.Tapi kesian kakak aku la. Orang dah ceraikan & berlaku curang siap malukan dia berkali2 tapi masih berharap & layan dengan baik.Tak tahu nak kata penyabar sangat atau bodoh.

Jangan cakap suami dia gila talak ke apa. Aku rasa tak. Memang tak. Tapi memang sebab suami dia memang macam tu. Jenis concern sangat. Tu yang perempuan2 ramai jugak minat dia sebelum kahwin dulu. Masa dia pilih kakak aku dlu pun kakak aku terkejut jugak sebab kakak aku biasa2 je & berbeza dengan dia. Cakap sebab kakak aku bersifat keibuan. Ciss sekarang dah suka orang lain, ko sekarang bagi alasan lain pulak.

Kakak aku cakap dia buat semua ni demi anak. Dia tak nak anak dia membesar takde ayah. Dia masih lagi buat yang terbaik utk bekas suaminya dengan harapan bekas suaminya berubah hati pada dia semula. Kakak aku takde cerita selama ni pada siap2 msalah rumahtangga mereka. Semua kakak aku pendam sendiri. Pada aku pun mula2 dia cerita sikit2 je. Masih nak tutup aib suami. Semua dia masih banggakan suami dia lagi. Lagi2 dia surirumah. Memang hidup dia berbakti pada suami & anak je. Tapi dh jadi mcm ni rumahtangga mereka.

Kakak aku masih salahkan diri sendiri atas perceraian ini. Katanya kalau dia kerja mesti takkan jadi mcm ni. Mesti suami dia pandang dia wanita hebat. Sebab skandal tu berkerjaya & aktif jalan2 sana sini. Orang berduit la katakan. Cara berlagak secara halus pun ada. 

Macam rasa bangga & hebat sangat diri tu compare dengan isteri skandal yang tak berkerja. Suami dia pun pernah cakap nk ada isteri yang boleh dibanggakan. Kalau saudara mara tanya rasa bangga dengan isteri sendiri. Ni kalau tanya tak tahu nk jawab apa. Isteri duduk rumah je tak kerja. Allah kelu aku dengar. Tak sangka aku abg ipar aku fikir mcm tu.

Kakak aku start buat bisnes online masa mula2 tahu suami curang. Alhamdulillah la walau tak banyak mana tapi okay la. Sebulan dia boleh dapat 1k lebih tu aku rasa okay jugak la walau tak banyak. At least dia ada simpanan. Kadang2 sales cecah 3k lebih. Dengan harapan ada duit boleh ringankn beban suami boleh jalan2 makan angin sebab tu memang hobi suami dia. 

Jadi boleh buat suami happy. Kakak aku rs bersalah suami curang sebab dia pikir dia tak mampu nk sediakn suami dengan hobi suami. Rs diri sendiri tu beban pada suami. Sebab tu suami suka perempuan tu, happy dengan perempuan tu. Sebab berkerjaya ada duit macam2 boleh buat. 

Sampai sekarang kakak aku salahkn diri dia. Menangis setiap kali pikir & tengok anak sebab dia cakap dia rasa bersalah tak dapat bagi keluarga sempurna pada anaknya. Sebab tu la sampai sekarang tak boleh move on kot. Masih berharap pada bekas suami. Kesian betul hidupnya.

Pasal skandal tu, tak tahu ape cerita dah. Tapi dengar2 masih berhubung mcm biasa. Mungkin lagi seronok la sekarang sebab orang dh bercerai kan. Langsung takde rasa bersalah hancurkan rumahtangga orang & biarkan anak kecik hidup dalam keadaan mak ayah bercerai . Langsung takde rasa bersalah sebab masih berhubung & beraktiviti sama2 mcm biasa seolah2 takde apa berlaku.

Aku rasa nak je sebut nama skandal tu. Biar semua orang tahu. Sebab orangnya bertudung elok konon2 innocent. Pakaian konon2 sopan. Memang orang tak tahu perangai sebenar dia. Berskandal dengan suami orang sampai berani tipu mak ayah, keluar malam2 sampai travel ke PD, melaka berdua, tidur dalam kereta dengan suami orang. Berskandal sampai orang dh bercerai berai sekarang. Puas hati ko ye perempuan?

Perempuan tu pernah buat ayat bagi kat abg ipar aku ‘ if the price is your love, i will do everything to get it’. Memang nmpk sangat la usaha betul nk runtuhkan rumahtangga orang supaya dapat rampas suami orang. Sekarang dia dah berjaya. Tahniah la weh.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.