Header Ads

"Kalau Adik Tengah Makan Kat Dapur, Siapa Pula Yang Aku Ambil Dari Sekolah Tadi?"

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Salam semua. Masa ni aku diploma dan tinggai di hostel. Mak abah aku pi umrah. Jadi adik-adik aku tinggai di rumah dengan maid je. Mak aku pesan, kalau weekend balik lah tengok adik-adik. 

Jadi weekend tersebut aku pun balik lah, dengan member aku sorang. Malam tu adik bongsu aku ada tusyen di sekolah dia. Biasanya mak atau abah aku yang akan hantaq and amik dia tapi malam tu aku lah kena hantaq and amik memandangkan aku je yang boleh drive dalam rumah tu masa tu.

Mak aku ada call siang tu, borak sikit and tanya khabar. Mak pesan jangan lupa amik adik, 10 atau 15 minit sebelum habis tusyen tu pi lah. Aku pun “ha ye mak. Come on. Takkan lah lupa”. Mak kata mak cuma pesan je. Tusyen start pukoi 8.00pm sampai 10.00pm. 

Aku pun hantaq lah dia then balik rumah. Balik tu aku pun makan dengan member aku. Then dalam pukoi 9.00pm kami dok layan tv je memandangkan takda apa nak buat. Maid aku macam biasa, dia memang tidoq awai. Dalam 9.30pm++ dia dah masuk bilik.

Nak jadi cerita, best pulak movie malam tu. Tengah kami dok hingaq gelak-gelak, tetiba aku rasa semacam. Nak kata lapaq, dah makan tadi. Aku pun tengok jam. Rupanya dah pukoi 10.10pm baq hang. Aku pun apa lagi, terus bergegas turun amik kunci kereta and pi teruih. Habis semua bonggoi aku langgaq. 

Terbang segala benda dalam kereta tu. Aku dah fikir macam-macam dalam kereta kot sambil mulut dok “mati lah aku, mati lah aku”. Kalau apa-apa jadi kat adik aku memang aku takkan maafkan diri sendiri. Dah lah dia perempuan. Aku teruih teringat mak aku pesan siang tadi.

Sampai je kat sekolah, aku tengok semua dah gelap. Yang bercahaya hanya pondok pakcik guard. Lagi lah aku sumpah seranah diri sendiri. Awatlah boleh lupa. Mana adik aku ni? Handphone dah lah tinggai. 

Lagu mana nak tau adik aku dah ada rumah ke belum. Aku tunggu lah dalam 5-10 minit dengan harapan dia buat kerja gila main sorok-sorok sambil nak sedapkan hati sendiri. Tapi takda. Adik aku tak keluaq.

Aku pun teruih pecut balik rumah dengan harapan lain. Harapan yang dia dah balik. Sampai rumah aku nampak kasut dia. Bukak je pintu aku teruih jerit “adikkkk!!!”. dia pun balas, “ngahhh!!!”. Dah macam drama. Cuma aku tak peluk lah sebab aku memang jenis awkward nak manja-manja. 

Tapi dalam hati aku ni memang nak peluk cium dia dah. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dia selamat balik rumah dah. dia kata dia tumpang member dia sebab mak member dia risau tengok dia sorang-sorang. Ada selisih tapi aku tak perasan sebab aku tengah fokus 200% pemanduan aku nak sampai sekolah. Aku pesan kat dia jangan bagi tau mak abah. Haha. Tang ni bukan adik hantu, tapi aku yang hantu.

Masa ni pulak adik bongsu aku dah besaq sikit. Aku pun dah habis diploma, dok buat degree pulak. Mak abah aku outstation. Kebetulan aku cuti midsem minggu tu so aku balik rumah. Adik aku ada kelas tambahan. Malam jugak. 

Cerita lebih kurang sama, tapi lain. Aku hantaq dia pi sekolah. dia kata dia habis kelas 9.30pm. Aku okay je, nanti aku mai amik. Nak tunggu 9.30pm tu aku pun main lah game. Memang perangai sedikit bebai, aku pun terlupa pasai adik aku.

Bila dah 9.35pm, aku baru teringat pasai adik aku. Macam biasa aku kalut lah naik kereta nak pi sekolah dia. Sampai je sekolah semua dah gelap jugak. Mampuih. Mana adik aku. Tetiba aku nampak adik aku duduk sorang-sorang kat kantin sekolah. Aku pun lega lah. Terus panggil dia. dia pun naik and diam je. Aku mintak maaf lah sebab lewat amik dia. dia “hmm” je. Mungkin marah kot. Aku buat cool je lah.

Sampai rumah dia diam. Aku pulak nak marah. At least aku amik kot, kata aku dalam hati. Haha. Padahai kalut jugak sebab lambat. Aku buat bodoh je lah. Nak masuk rumah aku rasa macam ada something wrong. Awat macam kenai kasut ni. 

Bukan kasut adik aku ke? Bila aku tengok kat kereta adik aku ada dalam kereta lagi. Then aku fikir dia pakai kasut lain lah kot. Bukan ada satu je kasut dia. Tapi marah betui dia dekat aku sampai taknak keluar kereta lagi.

Aku pun masuk rumah. Tetiba aku nampak adik aku tengah makan. Aku cuba telan air liur tapi tersekat. dia tanya aku pi mana, awat tak amik dia. Aku menggigil. Aku pun jawab dengan soalan bila dia balik, dengan siapa. dia jawab, tadi lah dengan kawan adik. dia kata aku lambat. Aku terkejut namatey. Kesyaitonan apa yang dah jadi ni. Aku pi jenguk kereta balik. Takda siapa. Aku ulang, takda siapa. Aku terus tutup pintu and naik masuk bilik.

Esok tu mak abah aku balik. Aku demam. Aku kata kat mak aku tak mau amik siapa-siapa lagi dah. Mak aku tanya-tanya aku tapi aku hanya jawab “no comment”. Biaq pi lah mak aku nak fikir aku ni artis ke apa. Setiap kali aku teringat peristiwa tu mesti aku meremang. Even sampai sekarang pun. Memang tak boleh lupa lah.

So kat sini aku nak pesan, kalau ada janji nak amik adik-adik or anak-anak or siapa-siapa pun, jangan lah lambat. Bahaya untuk depa dan diri sendiri. Nak nak di zaman it zaman teknologi ni. Aku memang menyesai sampai sekarang kot.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.