Header Ads

"Kalau Dah Tak Suka Buat Apa Pun Tak Suka" - Ini Respon Joey Kumpulan Joras Tersingkir Dari Maharaja Lawak Mega 2017


Bagi peminat Maharaja Lawak Mega pasti setiap Jumaat malam akan tertunggu program yang diminati seisi keluarga ini. Semalam merupakan minggu ke 9 yang bertemakan cerita hikayat dan cerita moden. Tema yang agak berat sehingga beberapa peserta gagal menyerlah. 

Keputusan penyingkiran juga agak terkejut apabila Neelofa mengumumkan kumpulan Joras tersingkir pada minggu ini. Sebelum ini kumpulan Joras agak konsisten setiap minggu namun apakan daya persembahanan kumpulan tersebut agak tidak menjadi dan berterabur. Malah kumpulan Joras juga dikritik kerana menggunakan lawak lucah dalam persembahan. 

"Kadang-kadang kita dibawah" 


Foto yang dimuat naik oleh kumpulan Joras di IG rasmi mereka selepas mendapat kritikan juri Datuk Rosyam Nor. Beliau agak kurang senang dengan lawak lucah yang dibawakan dan hanya mendapat dua HA sahaja. 

"Adat Pertandingan Ada Menang Ada Kalah"


Bagi peminat agak terkejut apabila juri mengumumkan kumpulan Joras tersingkir pada minggu ini. Namun bagi mereka yang menonton persembahan Joras, mereka faham kenapa Joras tersingkir. Antara respon netizen. 



Namun, ini respon dari Joey dan beliau berterima kasih kepada semua yang menyokong Joras.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.