Header Ads

Kalau Nak April Fool Pun Janganlah Sampai Menyusahkan Orang Lain





"April Fool' je pun, takkan tak boleh nak bergurau kot."

Ini mungkin reaksi segelintir pihak yang begitu teruja mahu menyambut April Fool dengan niat untuk bergurau. Namun, sebaliknya apa yang dilakukan seorang pengguna laman mikro Twitter baru-baru ini bukanlah bersifat gurauan tetapi suatu penganiayaan semata-mata.

"Baru lepas buat pesanan McDonald's dan letak alamat entah di mana," tulisnya. Entri itu disertakan sekali dengan gambar maklumat pesanan yang dibuat pada tarikh 1 April baru-baru ini. 



Menerusi gambar itu pesanan berkenaan sedang dalam proses penghantaran, persoalannya kepada siapa Penghantar makanan (McDonald's) terbabit akan menyerahkan pesanan tersebut? Siapa pula yang akan membayarnya? 

Entri berkenaan mengundang kemarahan netizen yang rata-rata kasihankan nasib penghantar makanan terbabit dan berharap agar pelaku berkenaan menerima balasan atas perlakuannya menganiaya dan menyusahkan orang lain.

"Tak berhati perut betullah buat orang macam ni," komen netizen. Boleh nak bergurau kenakan seseorang, tetapi janganlah sampai orang dikenakan itu teraniaya. Anda rasa patutkah menyambut April Fool sehingga menganiaya dan menyusahkan orang lain?


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.