Header Ads

Kanak-kanak Berumur 11 Tahun Ditemui Gantung Diri Sendiri Dalam Bilik

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Siapa sangka seorang kanak-kanak berumur 11 tahun sanggup bertindak membunuh dirinya. 

Terbaru, Kanak-kanak berbangsa Melayu berkenaan berasal dari Kuching, Sarawak ditemui gantung dirinya di dalam bilik rumah kediamannya yang terletak di Kampung Baroon pada petang Khamis lalu. 

Memetik laporan Bernama, sebelum kejadian, kanak-kanak terbabit seperti biasa pergi ke sekolah dan dijemput balik oleh datuknya pada kira-kira jam 1 petang. Kemudian dia dikatakan berehat dalam bilik dan ketika itu tiada sebarang situasi yang janggal berlaku. 

Dilaporkan, lazimnya mangsa akan keluar dari bilik pada kira-kira jam 4 petang, namun ahli keluarganya mendapati mangsa tidak keluar dari bilik, lalu datuknya nasuk ke bilik untuk melihat keadaan mangsa. 

Namun, datuknya terkejut apabila mendapati mangsa telah menggantung dirinya di dalam bilik. Dengan segera ahli keluarga membawanya ke hospital untuk diselamatkan, bagaimanapun ianya sudah terlambat. 

Setiba di hospital mangsa telah didapati tidak bernyawa lagi, majlis pengebumian telah pun diadakan pada tengah malam hari Jumaat setelah jenazah mangsa diambil keluar oleh ahli keluarga mangsa. 

Menurut polis, kes tersebut akan disiasat mengikut kes kematian secara mengejut atau 'sudden death'. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.