Header Ads

Kanak-kanak Perempuan 8 Tahun Dijumpai Hidup Dengan Haiwan, Jalan Dan Makan Seperti Haiwan!




Macam kisah The Jungle Book! Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui oleh pihak polis yang sedang melakukan rondaan di satu hutan terpencil utara India dua bulan yang lalu.

Ketika ditemui, Mowgli Girl nama samaran yang diberi ditemui hidup bersama monyet dan tidak mampu berjalan atau bertutur seperti manusia. 

Pihak polis masih mengesan identiti kanak-kanak perempuan tersebut dan masih menyiasat sudah berapa lama dia berada di dalam hutan tersebut. 

Kini kanak-kanak perempuan itu telah dibawa ke hospital dan dijaga sejak ditemui oleh polis. 

'Dia takut dengan kami, dia tidak boleh bercakap atau dengar kami dengan elok. Dia ditemani oleh tiga ekor monyet serta mempunyai kesan luka di siku dan lutut.

'Dia juga memakai baju tetapi tidak terlalu kotor, sepertinya dia ditinggalkan oleh keluarga.

'Ketika ditemui, dia kelihatan sangat lapar. Kami berinya sedikit makanan. Jika kami tidak selamatkannya, tentu dia sudah dimakan oleh haiwan liar.' kata Inspektor Ram Avtar Singh

Ketua pegawai medikal DK Singh memaklumkan Mowgli Girl berkelakuan ganas dan takut kepada manusia. Dia juga tidak faham apa juga jenis bahasa malah masih berjalan menggunakan kaki dan tangan walaupun sudah diajar menggunakan kaki.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.