Header Ads

Kanak-Kanak Tiga Tahun Panjat Dinding Dengan Tangan Kosong, Digelar "Spider Boy" Oleh Netizen




Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun baru-baru ini telah menjadi perhatian netizen dengan melakukan aksi seperti backflips dan somersault di dalam rumahnya. 

Kebolehan kanak-kanak itu Arat Hosseini turut memanjat dinding setinggi tiga meter dengan tangan kosong dan para netizen menggelarkan kanak-kanak tersebut sebagai "Spider Boy"

Memetik laporan Daily Mail, ibu bapa kanak-kanak tersebut Mohamaed dan Fatemeh memberitahu bahawa anaknya itu tidak menjalani sebarang latihan profesional tetapi cuma berpraktis 10 - 20 minit sehari. 

"Satu hari saya pulang dari kerja dan meletakkan tangan saya pada Arat, dan dia memanjat dengan mudah. Sejak itu saya perasaan kekuatan yang dimiliki Arat sangat menghairankan." 

Kebanyakkan aksi kanak-kanak tersebut dirakam di dalam rumah dan bapanya berharap anaknya itu berjaya dalam bidang sukan.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.