Header Ads

Kejam! Bayi Perempuan Berusia 16 Bulan Di Dera Secara Seksual, Lampin Dipenuhi Darah

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



CHINA - Seorang bayi perempuan berumur 16 bulan mengalami pendarahan dalaman selepas bayi tersebut dilaporkan di dera secara seksual oleh seorang lelaki. Tragedi menyayat hati ramai netizen itu berlaku di Zheijang, China

Mengikut laporan Oriental Daily, ibu bayi berkenaan menyedari sesuatu yang tidak kena apabila ketika menukar lampin tersebut. Amat mengejutkan apabila ibu bayi itu menjumpai kesan darah yang banyak pada lampin dan seluar bayi tersebut. 

Bayi berkenaan segera dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan bahawa kemaluan bayi wanita tersebut mengalami kesan koyak yang teruk dan pembedahan harus dilakukan dengan segera.

Pada hari kejadian, seorang lelaki berumur 50 tahun yang berniaga telur di kawasan perumahan mereka pernah melawat wanita dan bayi tersebut. Mengikut wanita tersebut, lelaki berkenaan sering berkunjung ke rumah mereka untuk bermain bersama anaknya. Wanita itu menganggap lelaki tersebut sebagai kawan keluarga kerana agak rapat. 

Tetapi pada hari berkenaan, lelaki tersebut membawa keluar anaknya selama 40 minit dan setelah pulang, ibu bayi itu menyedari tersebut gula-gula di tangan anaknya itu dan wajah anaknya itu pucat lesi seperti sesuatu telah berlaku. 

Bayi berkenaan mula menangis ketika menukar baju dan lampin. Doktor mengesyaki lelaki tersebut yang melakukan tindakan kejam tersebut dan menyarankan wanita itu untuk membuar rapan polis. Lelaki tersebut telah ditangkap pihak berkuasa sejurus laporan polis dibuat. 

Ibu bapa harus lebih berhati-hati apabila anak bersama dengan orang yang tidak dikenali kerana banyak kes-kes seperti ini berlaku. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.