Header Ads

Kejam! Empat Pelajar Perempuan Didakwa Di Mahkamah Rodok Botol Deodoran Dalam Kemaluan Pelajar Lain



Tindakan kejam dan jijik empat pelajar perempuan sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti yang memasukkan deodoran ketiak ke dalam kemaluan seorang pelajar lain didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini. 

Mengikut pertuduhan, kejadian yang berlaku sekitar 5 petang 9 April lalu dituduh secara bersama-sama melakukan hubungan seks dengan memasukkan objek tersebut ke dalam kemaluan remaja perempuan yang berumur 16 tahun. 

Keempat-empat pelajar perempuan tersebut bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Memetik laporan dari Harian Metro dan Awani Timbalan Pendakwaraya Siti Ruvina memohon jaminan tidak dibenarkan dengan alasan bimbang salah seorang tertuduh akan menghilangkan diri kerana akan tamat tempoh perintah sekolah pemulihan akhlak. 

Beliau mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 setiap seorang dan syarat tambahan dikenakan sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara. Peguam yang mewakili keempat-empat pelajar perempuan itu kemudian memohon ikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan kesemua pelajar berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk membayar ikat jamin yang tinggi. 

Selepas mendengar rayuan, Hakim Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jaman sebanyak RM15,000 seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di Sekolah Tunas Baki sehingga kes selesai jika jaminan dibayar. 

Tertuduh juga diperintah untuk diasingkan daripada mangsa dan saksi perbicaraan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei depan untuk laporan perubatan dan sebutan semula kes.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.