Header Ads

'Keluarga Saya Miskin Sebab Tu Nak Masuk Asrama' - Air Mata Pelajar Ini Buat Netizen Sebak Dan Sayu

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Bagi mereka yang tahu betapa pentingnya pendidikan untuk merubah kehidupan yang miskin sudah pasti memasang impian untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Namun, dek kerana kekangan kewangan sudah pasti membantutkan impian tersebut. 

Bagi pelajar tingkatan 5 Norsyamila Bt Norhisyam, kesempitan hidup membuatkan ibunya tidak mampu menyelesaikan hutang yuran asmara membuatkan pelajar tersebut tidak ditawarkan tempat untuk tinggal di asrama walaupun pelajar tersebut bakal menduduki SPM tahun ini. 

Cikgu Abdul Ghani berkongsi kisah mengenai pelajar tersebut dan pasti membuat sesiapa yang menonton video ini berasa sungguh sayu. 

Saya telah menerima satu permintaan dari seorang ibu untuk membantu menyelesaikan hutang yuran asrama dan tuisyen tahun lepas yg tidak dibayar kerana tidak mampu.

Akibatnya anak perempuannya Norsyamila Bt Norhisyam kelas 5 Sains 8 SMK Sultan Badlishah,Kulim, tidak dibenarkan(tidak ditawarkan) tinggal diasrama pada tahun ini sedangkan ia akan menduduki SPM.

Saya menemui PKHem sekolah tersebut untuk menyelesaikan bayaran ini sebanyak RM500 dan yuran tahun ini RM150.00.Saya menyerahkan RM350.00 untuk belanja lainnya menjadikan jumlah sumbangan RM1000.00.


Pada PK Hem tersebut,saya mohon ditempatkan kembali Norsyamila di asrama seperti yg diharapkannya.Bila saya bertanya sebab ia ingin menduduki asrama,ini jawapannya,"Keluarga saya miskin......"Pelajar ini menangis dihadapan saya dan PK hem. 

Riak wajahnya membayangkan dia seorang pelajar yg baik tetapi dihimpit kemiskinan.Kepada anda yg menyumbang ke projek ini,berbanggalah anda ada tangan dihulur kepada anak malang ini, saya persembahkan anak ini dan tangisannya sebagai tanda syukur yg dari hati nurani sucinya.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.