Header Ads

Kolam Renang Ini Pasti Buat Sesiapa Saja Rasa Seram Nak Mandi





Pengguna kolam renang yang terletak di tingkat 40 sebuah pangsapuri mewah di Houston, Texas ini berisiko untuk terkencing ketika mandi.

Ini kerana kolam renang kaca menjadikan pengguna seakan terapung pada ketinggian 152 meter.

Kolam yang kelihatan biasa itu akan membuat pengguna tidak yakin dan takut apabila mereka melintasi kawasan yang kelihatan jalan raya di bawahnya.

Kolam dengan kedalam tiga meter itu dibina menggunakan lantai kaca setebal 7.62 sentimeter.

Syarikat yang memiliki bangunan tersebut berkata, kolam itu dibina bagi memastikan penghuni merasai kelainan ketika mandi.

Jelasnya, ia turut direka dengan teknologi anti gempa bagi mengelakan keretakan pada kaca kolam.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.