Header Ads

Kotor! PendudukKutip Balik Ayam Yang Telah Dibuang Dan Ditanam Dalam Tanah




Kotor! Sekumpulan penduduk tempatan di Sibu Sarawak didakwa menggali semula tanah dimana pihak Kastam Sibu telah merampas kepak ayam sebanyak tiga tan dari sebuah lori kontena kerana tiada permit import yang sah. 

Mengikut laman Facebook Info Sarawak, penduduk disitu menggali tanah di Jalan Engkalat untuk mendapatkan kembali kepak ayam yang didakwa masih segar sebelum dibasuh semula dan tidak dapat dipastikan sama ada ayam tersebut dijual kembali atau untuk kegunaan sendiri. 

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia masih belum membuat kenyataan mengenai kejadian tersebut. 

Bagi orang ramai pula dinasihatkan supaya tidak melakukan kegiatan tersebut kerana bimbang makanan yang dirampas dan dibuang ini kemungkinan sedah tercemar dan boleh menjejaskan kesihatan jika dimakan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.