Header Ads

Lapan Orang Ditahan Kerana Pukul Dua Ah Long Yang Sedang Kutip Hutang


Kegiatan ah long yang berleluasa dan kegiatan mereka yang mengutip hutang dengan mengugut penghutang sememangnya telah diketahui umum namun tindakan dari pihak berkuasa tidaklah berjaya menghalang aktiviti ini terus berkembang.

Pada 14 April lalu, dua ah long dilaporkan telah dipukul oleh orang awam ketika mengutip hutang di rumah salah seorang penghutang. Dipercayai dua ah long dipukul oleh penghutang dan rakan-rakanya. 

Terbaru, lapan suspek yang terbabit dalam kejadian tersebut telah berjaya ditahan oleh pihak polis. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Baruddin Wariso berkata: 

"Anggota kita melibatkan unit MPV, URB dan pegawai penyiasat telah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan dari orang awam mengenai kejadian pada jam 10 malam untuk meleraikan kejadian dan mengambil tindakan lanjut.

"Kita percaya kejadian ini tidak dirancang, yang terlibat dalam rusuhan tersebut juga kebetulan melalui kawasan itu dan mengambil kesempatan untuk memukul dua pengutip hutang itu,"

"Kelapan lelaki berusia 30 hingga 46 tahun, termasuk tiga ah long telah ditahan, manakala empat suspek itu juga mempunyai rekod jenayah dan terlibat kes dadah namun hasil siasatan awal mereka tidak terbabit dengan mana-mana kongsi gelap.

"Kita telah menahan mereka di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara selama dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,"

Pihak polis menasihati orang awam agar tidak mengambil tindakan sendiri dengan memukul dan menderakan individu sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.