Header Ads

Lelaki Dipercayai Warga Korea Dijumpai Maut Tergantung Dalam Rumah Di Mont Kiara


Hasil makluman orang awam tentang bau busuk dari dalam sebuah rumah, pihak bomba menemukan seorang lelaki dipercayai warga Korea mati tergantung di dalam bilik air rumahnya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kejadian di Kondominium Tiara Mas Sutera, Mount Kiara mayat ditemukan malam tadi dalam keadaan tanpa memakai baju dan berseluar pendek. 

Pihak bomba berkata, mereka menerima panggilan kira-kira pukul 11.16 malam oleh orang awam memaklumkan terdapat bau busuk dari dalam rumah tersebut.

Katanya lagi, setibanya di lokasi pada jam 11.28 malam, pihaknya bertindak mengumpil pintu rumah tersebut sebelum menemui mayat tersebut.

"Setakat ini, kita masih belum membawa turun mayat tersebut kerana masih menunggu pasukan forensik polis tiba ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.