Header Ads

Lelaki Ditemui Maut Dalam Lori Akibat Penat Bekerja


Seorang lelaki berumur 53 tahun yang juga merupakan penghidap kanser ditemui mati di dalam lori kontena yang dibawanya. 

Menurut laporan portal on.cc, kejadian tersebut berlaku di Hong Kong pada kira-kira tiga pagi kelmarin. Dipercayai, punca kematian mangsa berkemungkinan besar disebabkan terlampau penat bekerja. 

Dilaporkan juga, setelah mengetahui berita kematian lelaki itu, saudara-mara yang masih bersedih turut menyuarakan kemarahan kerana lelaki itu berdegil ingin bekerja keras walaupun mengetahui dirinya tidak sihat. 

Namun demikian, lelaki itu terpaksa bekerja keras untuk menjalani rawatan penyakit kansernya sebelum ini ditambah pula desakan hidup yang semakin mencabar.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.