Header Ads

Lelaki Hong Kong Ini Mengaku Bersalah Rogol Seekor Anjing


Seorang bapa tiga anak mengaku bersalah melakukan seks terhadap seekor anjing betina, di Pulau Lantau, Hong Kong.

Chung Lin Fai, 58, mengaku mengumpan haiwan liar berusia dua tahun itu dengan menggunakan roti.

Memetik Mail Online, bekas buruh binaan itu berkata dia memandikan anjing berkenaan di anak sungai terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan seks dengan haiwan terbabit tanpa memakai perlindungan pada 1 Februari lalu.

Chung mendakwa, dia memasukkan jarinya ke dalam kemaluan haiwan itu ketika memandikannya.

Laporan pemeriksaan doktor mendapati terdapat air mani manusia dalam tubuh haiwan itu selain cedera di kemaluannya.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, ternampak suspek membawa anjing berkenaan ke sebuah bukit dan selepas dua jam menunggu, anjing itu muncul dalam keadaan cedera di kemaluannya.

Polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada Chan dan membawa anjing itu ke klinik haiwan bagi pemeriksaan lanjut.

Chung ditahan atas dakwaan bersifat tidak berperikemanusiaan, pada 9 Februari.

Laporan kesihatan mental dan psikologi dijangka akan dikemukakan sebelum hukuman dijatuhkan.

Chung kini dalam tahanan reman sehingga perbicaraan dijalankan yang bakal berlangsung pada 21 April ini.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.