Header Ads

Lelaki Ini Beli Motor Kerana Keretanya Dicuri, Namun Tindakan Kekasihnya Melukakan Hati Lelaki Ini


Motosikal selalu disalah anggap oleh kebanyakkan orang ramai. Ada yang menganggap motosikal sebagai merbahaya dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain namun motosikal tetap mempunyai peminat tersendiri jika dilihat jumlah motosikal yang berada di atas jalan. 

Ada yang membawa motosikal kerana minat dan ada yang membawa motosikal kerana lebih murah dan senang dibawa kemana saja. 

Namun bagi lelaki ini, teman wanitanya telah memutuskan hubungan kerana beliau telah membeli sebuah motosikal dan berkongsi kesedihannya di laman Facebook untuk nasihat. 

Lelaki ini berkongsi kereta beliau telah dicuri pada bulan lepas dan mempunyai masalah pengangkutan dan tidak mampu untuk mendapatkan sebuah lagi kereta. Kerana tiada pilihan lain, dia memutuskan untuk membeli sebuah motosikal jenis Yamaha 150cc. 

"Disebabkan saya beli motosikal ini, saya sering bergaduh dengan teman wanita saya. Dia memarahi saya dan menyoal tindakan saya membeli sebuah motor dan bukannya kereta. Teman wanita memarahi saya kereta adalah lebih baik dari motor dan harganya adalah mahal!"

Lelaki ini menjelaskan kepada teman wanitanya ianya cuma sementara sehingga kewangannya stabil dan mampu untuk membeli sebuah kereta baru. Malangnya teman wanita beliau masih tidak memahami dan lama kelamaan hubungannya menjadi renggang. 

"Adakah saya membuang duit membeli motosikal baru? Saya tahu motosikal terpakai adalah lebih murah, tapi saya tak mahu dia rasa tidak selesa dengan motor jenis lama. Salahkah?"

"Beberapa hari yang lalu, saya mengambil teman wanita saya di pejabat dan menghantar ke rumahnya, tapi malangnya kami mengalami kemalangan. Sebuah lori hampir melanggar kami dan saya hilang kawalan dan terbabas. Nasib baik kami tidak mengalami sebarang kecederaan serius"

"Keesokannya, teman wanita saya menghubungi saya dan dia meminta untuk memutuskan hubungan dengannya. Saya tahu dia masih lagi sakit akibat kemalangan itu tapi ianya bukan salah saya! Saya tak bawa laju pun. Saya merayu meminta maaf tapi tidak berjaya"

Netizen yang membaca status lelaki berkenaan memberi kata-kata semangat. "Tukar je girlfriend baru". "Tahniah, tanpa teman wanita anda boleh jimat banyak dan beli kereta baru!" "Jika betul dia mencintai awak, dia tak kisah kalau naik bas atau jalan kaki bersama!" 

Namun ada juga yang menyatakan 70% wanita Malaysia tak suka naik motor. Sesekali mungkin boleh tapi mereka tak suka keadaan panas terik atau hujan. Apa pula pendapat anda? Adakah tindakan teman wanita lelaki ini betul?

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.