Header Ads

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Rumah Mak Ayah Selama 5 Tahun Selepas Berkahwin




Saya seorang lelaki, mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Usia perkahwinan 7 tahun.

Awal2 kahwin, saya bekerja di daerah lain. Saya dan isteri tinggal di rumah sewa. Pada tahun kedua perkahwinan, saya dipindahkan kerja di daerah tempat asal saya. Isteri saya mengikuti saya tinggal dengan mak ayah saya, walaupun masa tu saya sudah beli rumah. 

Sebabnya, atas permintaan mak ayah saya kerana rumah mak ayah saya cukup besar, banyak bilik, dan tempat kerja saya pun lebih dekat dengan rumah mak berbanding rumah yang saya dah beli tu (saya jenis tengahari balik rumah untuk makan, sebab nak jenguk isteri dan lebih suka makanan isteri, di samping jimatkan kos).

Dalam rumah, selain mak ayah, ada seorang adik lelaki bujang dan 2 orang adik perempuan bujang saya tinggal sekali. Kami semua masing2 ada bilik sendiri. Mula2 tu biasalah isteri saya kejap terasa itu kejap terasa ini, makan hati itu makan hati ini. Tapi saya mainkan peranan seadilnya. 

Mak dan isteri saya pun sama2 surirumah. Mak saya jenis rajin buat kerja rumah dan rajin masak, dan sangat teliti. Isteri pula jenis santai, dan baru2 belajar nak masak n buat kerja2 rumah. Jadi korang boleh bayanglah macam mana kan, apa yang boleh mencetus sakit hati.

Tapi apa sahaja yg saling tak puas hati tu, saya tak fikir panjang, terus sahaja aturkan sesi luahan hati ke hati antara isteri dengan mak saya.

Bagi ruang sepenuhnya dua2 pihak untuk bersuara dan mendengar. Kalau isteri ada tak puas hati, saya akan tanya dia balik suruh fikir, salah ke yg mak buat tu? Ada mudharat ke? Tak bagus ke? Dari sudut agama pula agaknya macam mana? Begitu juga dengan mak, saya cakap baik2, salah ke yang isteri saya buat tu? Apa yang tak patutnye? Dari masa ke semasa bapa saya juga akan join sesi pertemuan dan berikan nasihat, pendapat. Bila dua2 pihak menilai tanpa emosi, akhirnya sama2 boleh memahami dan menerima, sama2 boleh sepakat.

Saya perasan ada satu hal di mana mak dan isteri saya sangat serasi dan saling melengkapi iaitu suka bercerita. Apa2 topik, gosip2, hal2 semasa, hal2 family mereka suka sembang. So diorang sama2 di dapur atau lipat kain depan tv, masa itulah diorang sambil sembang2.

Alhamdulillah setelah 2 tahun duduk serumah, isteri sudah selesa di rumah mak saya, dah natural. Kat mana mak saya letak barang, isteri tahu lebih dari saya. Pokok bunga mana nak siram tiap hari n mana yg selang sehari, isteri lebih tahu dari saya. 

Malah kalau mak ayah saya bercuti atau balik kampung perlu tinggalkan rumah beberapa hari, isteri sayalah yg diamanahkan jaga rumah dan adik2 saya. Adik2 saya mesti patuh pada isteri saya. Isteri saya akan ambil alih peranan mak saya mentadbir urus rumah.

Cuma, memang betul tak boleh selama2nya nak duduk dengan mak ayah, sampai masanya kena tinggal sendiri juga, kena belajar hidup berdikari. Selepas 5 tahun, akhirnya saya bawa isteri tinggal di rumah sendiri. Dan hikmah kami 5 tahun tinggal dengan mak ayah saya, isteri saya "terlatih" menjadi sangat cekap menguruskan rumah dan keluarga. 

Mak mertua saya pun perasan perubahan positif isteri saya. Selain itu, tempoh 5 tahun tu cukup untuk saya lengkapkan rumah kami secara beransur2. Mulanya kosong, tambah perabot, tambah hiasan. Sekarang dah cantik dan lengkap alhamdulillah.

Pun begitu, ada masa2nya isteri rindu juga nak bermalam di rumah mak ayah saya. Saya x perlu ajak pun dia sendiri yg akan mengajak. Dan pernah juga isteri saya cadangkan, baik teruskan tinggal dengan mak je lah, rumah kami buat bisnes homestay, boleh tambah pendapatan. 

Ikutkan hati saya lebih suka idea isteri saya tu, lebih2 lagi rumah kami lebih jauh dari tempat kerja, jalan pun jem teruk. Lepas tu dia boleh teruskan bantu mak saya di rumah, saya pula boleh bantu ayah saya untuk hal2 luar rumah. Cuma saya yang tak turutkan kerana merasakan sudah sampai masa untuk tinggal di rumah sendiri, di samping ingin memberi ruang kepada masa depan adik2 saya kerana, satu hari nanti mereka juga akan berkahwin.

Kesimpulannya, saya nak kongsikan bahawa, rahsia menantu perempuan boleh duduk aman sebumbung dengan mertua ni ialah:

1. Peranan suami/anak lelaki sebagai penghubung/pengaman. Suami jangan biarkan isteri sendiri2 belajar sesuaikan diri. Bimbing dia, jangan serah sepenuhnya pada mak untuk ajar isteri. Dengar semua luahan isteri dan mak, analisa ia dan fikirkan penyelesaian.

2. Elakkan sangka buruk. Salah satu penyebab ketidak serasian ialah perempuan cenderung sangka yang buruk2 kalau mertua/menantu berkata/berbuat sesuatu yang tidak kena dengan hati. Minta suami jelaskan, dan fikir mana betul mana salah. 

3. Mak mertua bukan malaikat yang sentiasa bebas dari masalah dan tekanan. Mereka tak boleh senyum manis sepanjang masa. Dan menantu sila faham, bila mertua bermasam muka bukan semestinya berpunca dari menantu. Mungkin dia cuma merajuk dengan bapa mertua sebab tak nak belikan baju baru. 

4. Menantu sila sentiasa berfikir macam ni: "kalaulah mak aku sendiri yang akan buat macam ni, apakah yang akan aku lakukan sebagai anak soleh?" Ya, memang mak sendiri x sama. Tapi amalkan sahaja soalan ni tiap hari. Untuk ingatkan diri.

5. Sabar, sabar dan sabar. Tabah, tabah dan tabah. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Insha Allah, Allah akan bantu hambaNya yang ikhlas.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.