Header Ads

Lelaki Ini Tercampak Dari Kereta Api Ketika Lepas Gian Menghisap Rokok



Gara-gara mahu melepaskan gian merokok, seorang lelaki tercampak dari sebuah kereta api yang sedang bergerak di Thailand.

Menurut laporan Bangkok Post, lelaki warga Britain itu cedera di kepala dan kaki selepas keluar dari gerabak untuk merokok.

Kapten Ranong Chumpinit memberitahu BBC, Daniel Clarke, 21, ditemui bersebelahan landasan di Thung-Kha, wilayah Chumphon.

Difahamkan Clarke tercampak semasa berada di kawasan antara dua gerabak kereta api tersebut.

Sementara itu, Kementerian Luar Britain berkata, Clarke dibawa ke Hospital Chumphon Khet Udomsakdi untuk mendapat rawatan.

Dr Sanchai Nakaphan yang bekerja di hospital itu berkata, Clarke sudah menjalani pembedahan dan imbasan X-Ray menunjukkan tiada kecederaan pada otak.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.