Header Ads

Lelaki Kena Kurung Dalam Rumah Kerana Orang Kampung Dakwa Ada Hantu Dalam Perut Yang Membesar




Susulan dakwaan penduduk kampung bahawa perutnya yang kelihatan semakin membesar telah dimasuki hantu, seorang lelaki berusia 49 tahun terpaksa dikurungkan di dalam rumah oleh keluarganya berikutan malu dengan keadaan perutnya itu. 

Biarpun sebelum ini, anggota keluarganya telah berusaha membawanya menjalani rawatan dengan bantuan seorang dukun, bagaimanapun semuaya menemui kegagalan.

Memetik laporan Daily Mail, lelaki tersebut yang bernama Shyamal Tirke kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan selepas beberapa jiran mencadangkan keluarganya membawanya menjalani pemeriksaan percuma di sebuah hospital.

Menurut doktor Partha Sarathi Ghosh yang mengetuai pembedahan itu, sebenarnya terdapat ketumbuhan seberat 20 kilogram di dalam perut Shyamal dan ianya semakin membesar sehingga menghimpit organnya, ini menjadi punca Shyamal muntah setiap kali makan. 

“Ketumbuhan itu sungguh aneh. Bagaimanapun, Shyamal kini dalam keadaan baik dan akan kembali menjalani rutin hariannya tidak lama lagi.”

Tiga doktor di Hospital Memorial Seth Sukhlal Karnani menghabiskan masa dua jam setengah untuk membuang ketumbhan berkenaan yang dikenali sebagai Retroperitoneal Liposarcoma.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.