Header Ads

Lembu Masuk Kondo Gemparkan Penduduk Singapura


Ada banyak perkara yang jarang kata lihat bila tinggal dalam 'hutan konkrit'. Lagipun bangunan-bangunan ini bukanlah habitat biasa bagi haiwan. 

Jadi apabila seekor lembu dilihat sedang menunggu lif untuk memasuki sebuah apartment di tengah bandaraya Singapura pastinya buat orang ramai terkejut.

Beberapa keping gambar seorang lelaki sedang memegang lembu di depan lif menjadi viral baru-baru ini. Lembu tersebut dilihat menaiki lif bersama-sama lelaki tersebut. 

Memetik laporan STOMP, lembu memasuki bangunan apartment adalah satu perkara yang jarang dilihat tetapi dianggap biasa. Ini kerana tradisi agama Hindu yang menganggap haiwan tersebut sebagai suci masuk ke dalam rumah mereka untuk mensucikan rumah mereka.

Ianya tradisi yang agak lama, dimana setiap sudut rumah akan di'suci'kan oleh haiwan tersebut. Kos untuk membawa seekor lembu ke dalam rumah mencecah sehingga RM5 ribu ringgit. Jika lembu tersebut kencing di dalam rumah tersebut ianya memberi petanda baik kepada tuan rumah tersebut. 

Namun begitu, individu yang mahu melakukan acara tradisi ini hendaklah mendapat kelulusan dan permit terlebih dahulu dan seorang pegawai akan melawat rumah berkenaan dan mengambil kiraan luas lif dan berat yang boleh ditampung sebelum menghantar lembu yang sesuai untuk ritual tersebut. 

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.