Header Ads

"Mak Aku Jenis Suka Menyumpah Anak-Anak. Aku Takut Jadi Seperti Mak"




Aku sorg je perempuan. family aku, mak dgn abah. mak ngn abah aku ok je. cuma satu je benda yg kekadang aku tak tahan bila aku duk rumah nih.

Mak aku jenis suka menyumpah anak. ye, aku tahu. salah anak. tapi, sebab benda kecik. dia panggil aku anak tak guna, anak paling teruk, doakan bukan2 utk anak. doakan anak eksiden. 

Dulu time aku budak2, aku pun kuat melawan. bila dah besar ni, aku belajar.. aku taknak jadi anak derhaka.. aku diam je bila mak aku panggil aku mcmtu. 

Aku cuba sedaya upaya jaga hati mak aku biar dia tak menyumpah2 aku ngn adik beradik yg lain. aku mampu nangis je. bapak aku dah banyak kali nasihat mak aku cakap jgn menyumpah anak mcmtu kalau kau marah mcmana sekali pun, kata2 mak tu doa. 

Lepas tu, aku cuba la tegur jugak. dia kata aku takde hak nak cakap mcmtu. kau nanti dah ada anak, kau tau la apa aku rasa cmtu. yela, aku belum kawin lagi pun.

Dan apa yg aku perasan la. hidup aku mmg la nampak ok je, tp bagi aku. ada je yg tak kena. adik beradik aku pun. baru lepas kena sumpah, esoknya exam fail. btw, mak aku ni jenis baran. abah aku tak. 

Family mak aku semua perangai mcmtu lebih kurang. so disebabkan aku lebih rpat dgn family belah mak, aku cenderung utk jadi perempuan baran. cepat melenting. skrg ni aku tgh final year degree, kawan2 aku pun dr pelbagai negeri. 

Banyak yg aku belajar dr diorang. aku jeles, sbb mak abah diorang tak mcm family aku. family aku ni jenis semua mcm nak bergaduh je, aku bukan tak bersyukur. aku still ada mak abah. tp faham kan. 

Aku teringin nak ada family mcmtu. cakap elok2. bukan tanya sikit nak mengamuk. salah sikit kena sumpah. sumpah benda dahsyat2 pulak. serius talk, aku rasa aku susah nak berjaya sebab sumpahan2 mak aku ni. 

Walaupun aku tahu, dia takde niat. aku pun, aku anak yang berdosa sgt bila buat mak aku menyumpah mcmtu. lepas tu, family aku bukan jenis yg minta maaf direct. tggu baik sendiri. 

Aku jenis yg kalau boleh nak sgt senang nak minta maaf dkt orang. lagi2 mak abah aku. time raya pun, kitorang salam mcmtu je. takde syahdu mcm family orang lain pun.

Sampai ada satu tahap, aku rasa aku lepas grad ni, nak kerja jauh dari family. aku nak ubah style aku. aku taknak jadi ibu yang kuat melenting, menyumpah anak2, hormat suami. 

Aku pun taktau aku sempat ke tidak jadi ibu, jadi isteri orang. jujur cakap, aku tak tahan dok dgn family mcmni. mmg family aku sendiri, tapi kalau aku balik je mesti aku kena mcmni. payah la. aku nak belajar. tgh siapkan fyp. bila aku jadi mcmni. aku stress. aku jadi putus asa. 

Sebab rasa tak guna aku doa banyak2 kt Allah tp mak tak redha ngn aku. aku selalu doa supaya mak aku tak marah2, tenang. kekadang tak tahan, aku nangis.

Aku harap sgt aku berjodoh dgn lelaki yg sabar, bole bimbing aku, sebab aku pun insan yang mula nak berubah utk jadi orang yang lebih baik. aku nak jadi anak, kawan, isteri, dan ibu yang terbaik. kalau lah boleh….


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.