Header Ads

Malindo Air Nafi Minta Calon Pramugari Buka Baju Dalam




Selepas menjalankan siasatan dalaman, Malindo Air menafikan dakwaan syarikat penerbangan itu meminta calon-calon yang datang temuduga untuk jawatan anak kapal membuka baju dalam semasa ‘grooming check’.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Malindo Air menegaskan syarikat itu mematuhi pelaksanaan dan peraturan-peraturan dalam semua proses pengambilan, termasuk attendan penerbangan sejak penubuhannya pada 2013.

“Grooming check’ adalah pemeriksaan parut yang dikendalikan secara persendirian oleh penyelia wanita secara profesional dan merupakan sebahagian daripada proses temuduga."

Memetik laporan mstar, Malindo Air menjelaskan, calon diberi taklimat mengenainya terlebih dahulu dan mendapat persetujuan daripada setiap calon sebelum melakukannya untuk memastikan tidak ada tanda yang ketara dapat dilihat ketika memakai pakaian seragam.

Malindo Air menegaskan prosedur operasi standard (SOP) itu telah diamalkan sejak empat tahun yang lalu.

Syarikat penerbangan itu mempunyai lebih daripada 700 anak-anak kapal kabin wanita setakat ini.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.