Header Ads

"Mereka Sanggup Tipu Mak Dan Ayah Dan Biarkan Mereka Menangis"




Nama saya Janna, berumur 21 tahun. saya masih belajar di sebuah ipta. saya anak bongsu drpda 4 beradik. Abang kakak saya semua dah berkeluarga dan saya masih single.

Okay back to tajuk, saya ada dua org abang dan sorang kakak. Mereka bekerja sebagai pegawai kerajaan, businessman dan pensayaarah. Alhamdulillah semua mempunyai kerjaya yg baik dengan didikan ibu ayah untk mereka. 

"Berjaya Dalam Kerjaya Tapi Bodoh Dalam Kehidupan"

Saya selalu beranggapan bahawa abang kakak yg mempunyai kerjaya baik ini akan bantu ibu bapa saya di kelak hari. Tetapi saya salah. Mereka hanya bijak di atas kertas dan bijak di atas title peg kerajaan, businessman dan pensayaarah. Mereka hanya berjaya di dalam career masing masing dan bodoh dalam kehidupan. 

Mereka sering menabur janji dan harapan palsu pada ibu ayah. Kasih ibu ayah yg membesarkan mereka, mendidik mereka, menyediakan kemudahan pelajaran sehinggakan mereka berjaya dalam mencapai cita cita dan impian kerjaya masing masing hanya tercatat di dalam otak mereka bukannya di sematkan dalam hati.

Sejak abang dan kakak mempunyai kerjaya yg berjaya, mereka lupa akan tanggungjawab mereka sbgai anak untuk membantu ibu ayah dari pelbagai segi bantuan, lupa untk membalas jasa ibu ayah pabila besar pabila senang, lupa untk berbakti kpda ibu ayah selagi mereka masih hidup di muka bumi ini, lupa untk mengembirakan hati ibu ayah sebagaimana ibu ayah memgembirakan anak anak sewaktu kecil yg kakinya sebesar tapak tangan dan kini sebesar gajah.

"Sanggup Tipu Mak Dan Ayah"

Abang dan kakak jarang balik ke rumah ibu ayah sejak mereka bekeluarga dan bekerjaya. Mungkin mereka sibuk dengan kerja, tapi tak mungkin ketiga tiganya sibuk sehinggakan pulang ke rumah pada hari raya dan cuti panjang sahaja. Boleh dikatakan dalam setahun tu ada lah dalam 2, 3 kali mereka balik ke rumah ibu ayah untuk jenguk ibu ayah. 

Kadang kadang saya terpikir apa masalah abang dan kakak sehinggakan mereka sanggup tipu ibu ayah mengatakan yg mereka akan balik ke rumah pada cuti sekolah sebaliknya mereka pergi melancong tanpa pengetahuan ibu ayah. Paling sedih mereka pergi travel sudah lah tak bagitahu pada ibu ayah, menjemput pun tidak, hnya beri cenderahati key chain sahaja. 

Dulu sewaktu abang kakak masih belajar mereka selalu kata yg bila dah ada kerjaya mereka nak bawa ibu ayah melancong, nak bagi duit pada ibu ayah, nak bagi kesenangan pada ibu ayah, nak bla bla bla bla. Itu semua janji kosong. 

"Mak Dan Ayah Hanya Lihat Dalam FB Sahaja"

Janji dan harapan palsu yg membuatkan ibu ayah selalu berendam air mata pikirkan anak anak yg dah “berjaya”. Sudah lah jarang balik ke rumah, jarang jugak kirimkan wang pada mak ayah. Mereka lupa. Mereka lupa akan tanggungjawab mereka sbagai anak.

Mengenai kehidupan mewah mereka yg bekerja bagus dengan pangkat yg tinggi dan gaji yg tinggi , kehulu kehilir travel sana sini, shopping tak ingt diri tu semua adalah rutin harian abang kakak saya. Ibu ayah tahu tentang rutin harian mereka sbb setiap apa yg mereka buat mereka akan post dan upload sana sini tentang kemewahan mereka sedangkan ibu ayah di rumah tak merasa kemewahan yg anak anak “berjaya” mereka ada. 

Ibu ayah hnya lihat kehidupan anak anak “berjaya” mereka dlm fb sahaja. Setiap kali abang kakak prgi travel dgn keluarga masing2, ibu ayah selalu kata kat sana yg ibu ayah teringin nak pergi ke tempat yg abang kakak pergi. saya sedih. Sedih pikirkan abang dan kakak saya. 

Sanggup mereka biarkan ibu ayah menangis melihat kemewahan mereka sedangkan mereka tak pernah merasa sedikitpun kemewahan anak anak sewaktu awal mereka berjaya sehingga sekarang.

saya pernah tegur abang kakak mengenai tanggungjawab mereka pda ibu ayah. saya cerita pda mereka yg ibu ayah rindu abg kakak untk pulang rumah jenguk mereka, pulang bawa cucu menjenguk atuk dan nenek mereka. 

Malah abang kakak marah saya, berkata pada saya masih kecik tak paham dan tak lalui mereka yg dah mpunyai kerjaya, keluarga dan komitmen. saya sedih setiap kali saya pikir mengenai ibu ayah saya. Ibu ayah semakin tua dan mereka tidak dapat merasa kesenangan anak anak yg berjaya dgn hasil didikan dan kasih sayang yg ibu ayah beri sejak kecil lagi.

Buat abang dan kakak, ingat lah bahawa ibu dan ayah adalah insan yg tiada galang gantinya. Ibu yg mengandungkan kita selama 9 bulan kehulu kehilir mengusung kita dgn kasih sayang, ayah yg berhempas pulas mencari rezeki demi membesarkan anak anak agar berjaya dalam kehidupan. 

"Berbaktilah Pada Mak Dan Ayah"

Sewaktu kecil ibu dan ayah membahagiakan kita, melindungi kita, menjaga kita ibarat menatang minyak yg penuh. Namun kenapa sekarang pabila kita dah berjaya kita tak mampu membahagiakan mereka, melindungi mereka dan menjaga mereka. Ingatlah duhai abang dan kakak. Bila kita dah pandai, jangan sesekali lupakan ibu ayah. Bila kita dah berjaya, jangan lupakan ibu ayah. Bila kita dah senang, jangan lupakan ibu ayah.

Ingat duhai abang, anak lelaki walaupun dah bernikah sudah berkeluarga tanggungjawabmu pada ibu ayah tetap yang utama. Ingat duhai kakak, anak perempuan walaupun dah bernikah dan suamimu adalah yang utama namun jangan dilupa ibu ayah ayah yang mendidikmu sehingga kamu dilepaskan pada suamimu. 

Berbaktilah kpda ibu ayah selagi mereka masih ada bersama kita. Tolong jangan sesekali abaikan ibu ayah. Sayangilah mereka, hormatilah mereka, jagalah mereka dan bahagiakan lah mereka selagi mereka ada bersama kita. Balik lah ke rumah jenguklah ibu ayah, mereka teringin nak luangkan masa bersama anak cucu mereka, bagi yg stay jauh tu call lah ibu ayah walaupun dengar suara je dah dapat gembirakan hati mereka. 

Bersayaukurlah kita yg masih mempunyai ibu ayah kerana redha mereka masih bersama kita, doa mereka yg jadi senjata yg melindungi kita. Ingat, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah. Bagi ibu ayah yg dh meninggal dunia, sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka, jadilah anak soleh dan solehah yg sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Amin



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.