Header Ads

Misteri Dua Sahabat Hilang Di Jakarta Semakin Kusut


Dua sahabat yang berhasrat untuk menonton konsert DJ Armin Van Buuren dilaporkan hilang di Jakarta sejak 31 Mac lalu. Mereka Kamarol Ariffin Mohamad Darus 27 dan Shafa Ahmad 29 yang berasal dari Sijangkang, Teluk Panglima Garang Selangor. 

Mereka dipercayai hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat Air Asia. Kakak kepada Kamarol Ariffin, Junaina berkata keluarga hanya menyedari adiknya hilang selepas tidak muncul di KLIA2 pada hari dia dijadualkan tiba di Malaysia pada 11 Malam 2 April yang lalu.

Dua sahbat itu juga tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah walaupun sudah membayar harga bilik berkenaan. 

Pihak imigresen mengesahkan mereka berdua sudah tiba dan melepasi imigresen di sana dan pihak hotel memaklumkan mereka tidak mendaftar masuk. 

6 rakan adiknya yang sudah berjanji akan bertemu di Jakarta juga tidak mengetahui kehilangan dua sahabat itu malah mereka juga tidak menemui mereka di tempat yang dijanjikan. 

Tambah misteri, setelah 6 hari tanpa khabar berita, pihak kedutaan mengesahkan passport Kamarol dikesan telah digunakan di CIQ Johor Bahru namun kelibat Kamarol masih tidak muncul. 

Ahli keluarga dua sahabat itu bercadang untuk ke Jakarta kerana bimbang dengan keselamatan dua sahabat itu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.