Header Ads

Netizen Kritik Pengacara GGV 2, Persembahan Azmi Caliph Busker Dan Hijjaz Memukau Penonton Dan Juri Sehingga Mengalir Air Mata




Program realiti Gema Gegar Vaganza 2017 yang disertai oleh penyanyi lagenda nasyid tanah air kini berada di minggu kedua pada Sabtu.

Persembahan memukau dari Azmi Caliph Buskers yang menyampaikan lagu Redha mendapat pujian dari juri. Selain itu persembahan dari Hijjaz juga yang menyanyikan lagu Sri Kandi Cintaku mengikut gaya mereka tersendiri nyata membuahkan hasil apabila juri juga memuji persembahan Hijjaz pada minggu ini.

Pada minggu ke dua ini Bienda tersingkir dari GGV setelah gagal mempersembahkan lagu Sejati nyanyian Faisal Tahir dengan baik. 

Sekali lagi pada minggu ke dua, Gema Gegar Vaganza turut mencipta kontroversi baru apabila ramai netizen dan peminat rata-rata agak rimas apabila Achey menjadi pengacara. Netizen menganggap pemilihan Achey tidak sesuai malah membuat lawak pun seperti tidak kena tempat selain menggunakan bahasa yang "Aku, Kau" dengan peserta yang dianggap kurang sopan oleh netizen. 

Bising, Bingit, Hambar Dan Kurang Sopan

Niat Achey mungkin untuk memeriahkan suasana supaya tidak terlalu formal tetapi percubaannya itu gagal apabila menjadi kritikan netizen. 





Persembahan Hebat Azmi Dan Hijjaz



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.