Header Ads

Padah Bawa Kereta Guna Kasut Tumit Tinggi, Wanita Langgar Mati Orang

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Berita berikut wajar jadi ikhtibar buat kaum wanita yang pakai kasut bertumit tinggi ketika memandu kenderaan. 

26 April, Rabu lalu, bertempat di sebuah pusat beli belah di Beijing, kejadian mengerikan yang berlaku kira-kira pada pukul 5.07 petang, apabila seorang perempuan hilang kawalan ketika memandu sebuah kereta SUV dan terlanggar dinding hingga menyebabkan lubang besar pada dinding. 

Akibatnya seorang pengawal keselamatan wanita mati dilanggar di tempat kejadian dan dua orang lagi pekerja cedera parah. 

Sina.com.cn melaporkan, terdapat saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian beritahu, ketika kejadian kelihatan wanita tersebut memakai kasut bertumit tinggi 5cm sedang membelok di kawasan parkir, disyaki tersilap tekan brek minyak dan hilang kawalan seterusnya melanggar tembus dinding di depannya. 

Paparan video jelas kelihatan, ketika kejadian kenderaan yang hilang kawalan itu memecut dengan laju dan terus melanggar ke arah pengawal keselamatan wanita itu yang kebetulan sedang menjalankan rondaan di kawasan itu sehingga terpelanting pada dinding itu.

Dalam pada itu, dua orang pekerja lelaki yang berada di dalam pejabat itu turut dilanggar akibat dinding tembus berlubang.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.