Header Ads

Pemandu Bas Halang Wanita Islam Mengandung Dan Berniqab Dari Naik Bas Bakal Didenda RM50 Ribu




Seorang pemandu bas berdepan denda sebanyak 8,500 pound (RM46,835) gara-gara tidak membenarkan seorang wanita Islam yang sarat mengandung memakai niqab menaiki perkhidmatan tersebut.

Menurut portal Mail Online, kejadian itu berlaku di Emden, Lower Saxony pada Khamis lalu dan polis masih menyiasat insiden tersebut yang disifattkan sebagai 'kesalahan pengurusan'yang boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM46,835.

Jelas laporan itu, wanita terbabit turut ditemani oleh suaminya ketika mereka menaiki perkhidmatan bas tersebut yang dikendalikan oleh syarikat swasta.

"Suami mangsa melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis dan pihak majlis perbandaran.

"Difahamkan, syarikat swasta itu mendapatkan kontrak daripada majlis perbandaran di Emden untuk mengendalikan perkhidmatan bas di bandar tersebut," tambah laporan berkenaan.

Sementara itu, wakil pihak berkuasa Emden, Temmo Popengga berkata, kejadian tidak dibenarkan berlaku dan tidak boleh berulang lagi.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.