Header Ads

Pengguna Terkejut Kerusi Kerusi Bentuk Zakar Dalam Tren City Metro

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Pengguna City Metro di bandar raya Mexico dilaporkan terkejut apabila mendapati terdapat kerusi pelik berbentuk badan lelaki termasuk alat sulit dalam tren yang dinaiki mereka.

Memetik laporan Daily Mail, ia sebenarnya satu kempen yang dilakukan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dan pihak berkuasa bandar Mexico dalam memberi kesedaran dan menangani masalah gangguan seksual.

Video kempen itu menunjukkan bagaimana penumpang berasa keliru untuk di kerusi luar biasa itu. 

"Sembilan daripada 10 wanita di bandar raya Mexico telah menjadi mangsa pelbagai bentuk keganasan seksual ketika berulang-alik setiap hari," petikan video tersebut.

Ternyata kempen ini dipuji kerana mampu membawakan mesej tentang gangguan seksual yang selama ini dianggap sebagai bukan satu jenis keganasan malah dianggap perkara biasa.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.