Header Ads

Peniaga Jual Arak Dalam Mesin Air Buat Netizen Resah




Mengejutkan apabila netizen mendapati sebuah kedai dobi di Sungai Pinang, Pulau Pinang menjual minuman keras di premis terbabit melalui vending machine atau mesin air di situ. 

Semua sedia maklum, minuman keras adalah dilarang penjualannya kepada mereka yang berusia 18 tahun ke bawah dan bukan itu sahaja, ia bukan sesuatu yang halal buat masyarakat Islam. 

Bukan itu sahaja, seperti yang dipetik menerusi Astro Awani, penjualan minuman keras haruslah dipamerkan notis berbunyi 'Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan' di hadapan premis masing-masing.

Namun, apabila ia dijual secara bebas menerusi mesin air itu, netizen mula mempersoalkannya. 

"Bagaimana pula jika anak-anak kecil datang membeli sesuka hati di mesin air itu?"

Di samping itu, minuman keras yang diletakkan bersekali dengan minuman ringan turut mendapat tentangan dan juga kecaman para netizen. 


"Adakah mereka memperoleh permit dari PBT untuk menjual minuman keras di premis ini di tepi jalan secara terbuka?"

Seperti biasa, respon yang diterima berbeza-beza, ada yang menyokong dan sebaliknya. 

"Awak jangan nak provok, mana-mana supermarket pun ada jual arak, awak nak cuma masukkan duit dan minum, itu bisnes dia jangan kecoh."

"Benda haram jangan dibeli, pendek kata jangan kecohlah."

Kesimpulannya, memang ia merupakan perniagaan masing-masing namun dalam sesebuah negara itu pasti ada peraturan dan undang-undang tersendiri, belum termasuk perkara taboo di kalangan masyarakat. 

Oleh yang demikian, nak mengejar keuntungan pun tengok-tengoklah kiri kanan. Jadi peka dan prihatin!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.