Header Ads

Penyamun Terdesak Sampai Sanggup Samun Penunggang Basikal


Geram melihatkan tindakan dua orang penyamun yang membonceng motosikal mengambil kesempatan terhadap mangsa yang cuma berbasikal. 

Kejadian berlaku di hadapan Universiti Sains Malaysia, Minden dirakamkan oleh seorang pemandu yang kebetulan melalui laluan yang sama dengan si penyamun. 

Melalui rakaman itu jelas menunjukkan mangsa yang dipercayai bangsa asing berkemungkinan baru pulang dari bekerja diragut oleh penyamun terbabit.

Memang sangat tidak berperikemanusian dan berhati perut! Bayangkan mangsa yang mungkin bekerja pun cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang terpaksa pula menyerahkan duit yang tak seberapa kepada penyangak pemalas itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada si penjenayah sempat meragut atau sebaliknya. Namun, tindakan netizen ini memandu hampir dengan kawasan kejadian membuatkan si penyangak segera melarikan diri. 

Rata-rata mereka yang memberi komen turut melempiaskan rasa marah dengan sikap anak muda yang bukan sahaja pemalas, malah menyusahkan orang lain. Mereka berharap si penjenayah segera ditangkap pihak berkuasa. 

"Jenis macam ini biar kena tangkap dengan orang awam, baru ada akal. kerja tak mahu, menyusahkan orang sahaja!"

"Sebelum ini saya pun pernah diragut di sini,"ujar seorang netizen.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.