Header Ads

"Peringatan Kepada Para Wanita Dari Seorang Wanita"


Assalamualaikum,

Hai, nama aku Ina. Lepas tidurkan anak ni tiba-tiba aku terdetik nak buat confess ni.

Btw, laki aku sekarang kerja oversea. Dan tinggal aku anak beranak dekat Malaysia ni. InsyaaAllah kalau takde aral kami akan menyusul ke sana pulak.

Macam ni, korang (terutamanya perempuan bujang) pernah terfikir tak disebalik lelaki yang berpakaian kemas ke tempat keje, nampak terurus, berkelakuan baik, itu dibelakang dia ada SEORANG perempuan yang bernama isteri yang menguruskan dia.

Pernah tak korang terfikir, baju dia yang bergosok licin, bau wangi, muka suci tu ada perempuan yang bermata panda bersengkang mata uruskan prihal lelaki tersebut a-z.

Memang sedap mata memandang. Dia kemas, wangi, bercakap baik-baik dengan korang.

Dirumah, ada isteri yang mendoakan supaya dia sang suami bekerja dengan baik dan diluaskan pintu rezeki.

Siapkan bekal dipagi hari supaya suami tak kelaparan waktu kerja.

Tunggu dirumah kadang-kadang kerisauan sebab suami overtime. Kebetulan pula kenderaan yang tunggang setiap hari tak berapa elok.

Iya, disebalik lelaki sempurna yang kalian nampak di pejabat setiap hari itu ada seorang perempuan yang telah korbankan diri sendiri untuk kebahagian keluarga.

Lambat atau cepat, korang akan merasa juga berada di tempat perempuan itu.

Jadi, minta tolong kepada insan yang bergelar perempuan (sebab aku juga perempuan), sebelum nak mengorak langkah ‘berlemah-lembut’ atau ‘bermanis-muka’ atau ‘minta tolong tak sudah’ kepada lelaki tersebut… fikir-fikirkanlah anak bini lelaki tersebut dirumah.

Fikir wahai perempuan. Kucing tidak akan menolak ikan. Tolong para perempuan semua jangan jadi ikan. Lagi-lagi ikan busuk.

Ambil kesempatan diatas air mata perempuan lain yang duduk dirumah yang tulus menanti suaminya balik kerja membawa rezeki.

Tolong. Tolong lelaki-lelaki didunia ni tundukkan pandangan. Jangan dirayu atau digoda. Sebab dengan godaan kau itu boleh jadi si suami akan menzalimi anak bininya.

Ini sekadar pesanan. Jangan kata aku tak bagi tahu.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.