Header Ads

PM Najib Razak Kongsi Gambar Dan Buat Ramai Rakyat Malaysia Terhibur Dan Terinspirasi




Hari ini, jika anda membuka laman Facebook pasti ternampak satu gambar yang mungkin dikongsi oleh rakan ataupun ahli keluarga. Gambar tersebut memberi satu semangat dan inspirasi buat kita semua. 

Ya! Gambar itu. Pada pagi Sabtu, rakyat Malaysia berkongsi sekeping gambar yang dimuat naik oleh Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Gambar tersebut memaparkan beliau dalam pakaian sukan dan bersedia untuk memulakan senaman.

Dan sudah pasti, netizen tidak lupa untuk memberi sepatah dua kata terhadap Perdana Menteri Malaysia itu. Antara komen netizen: 

"Perdana Menteri pun turun main gim. Apa alasan anda?"

"Wow..dumbbells tu nampak sangat berat! Tahniah kerana berjaya mengangkatnya Datuk Seri!" 

"Saya terharu sungguh. PM makin fit!"

Beberapa minggu lepas seorang pengguna Twitter memuat naik satu komen dimana dia menegur perutnya semakin buncit. Kemudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membalas komen tersebut dengan memberi alasan tiada masa kerana kesibukan kerja. Mungkin terkesan dengan komen tersebut beliau turun ke gim untuk kekal sihat. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.