Header Ads

Polis Selamatkan Amah Tidak Dibayar Gaji Sejak 3 Tahun Lepas




Seorang amah warga Indonesia berumur 44 tahun berjaya diselamatkan oleh pihak polis di Nilai, selepas laporan mengenai majikannya tidak membayar gaji sejak tiga tahun lepas, di sebuah rumah, 25 Mac lepas.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata pihak polis bertindak atas maklumat daripada Kedutaan Indonesia, sepasukan lapan anggota termasuk dua pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, melakukan serbuan pada 1 pagi, hari yang sama.

“Dalam serbuan itu, polis menahan majikan mangsa yang merupakan seorang doktor berusia 37 tahun. Suspek telah pun diambil keterangan dan dilepaskan dengan perintah mahkamah pada hari yang sama,” katanya.

Mangsa kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Kuala Lumpur.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.