Header Ads

Polis Tahan Pelajar IPTA Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Mangkuk Tandas




Akibat meninggalkan bayi yang baru dilahirkan di mangkuk tandas, polis menahan pelajar sebuah IPTA berusia 20-an.

Memetik laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Datuk Mohd Nashir Ya berkata, laporan penemuan itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu Jitra daripada orang awam kira-kira 5.20 petang Khamis lalu. 

Katanya, penuntut tahun pertama di IPTA berkenaan ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital awam.

"Punca kematian bayi masih dalam siasatan pihak hospital berkenaan.

"Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana buang bayi," kata Mohd Nashir.

Suspek yang berasal dari Sungai Petani itu ditahan reman hingga Ahad.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.