Header Ads

Ratu Cantik Maut Ditembak Selepas Terima Bunga Dan Coklat




Seorang ratu cantik Filipina ditembak mati sebaik-baik sahaja membuka pintu rumahnya untuk menerima jambangan bunga dan coklat di rumahnya pada Jumaat.

Mary Christine Balagtas, 23, ditembak di bahagian kepala sejurus selepas membuka pintu untuk menerima hadiah tersebut yang dihantar oleh dua lelaki yang tidak dikenali.

Portal berita Metro.co.uk melaporkan, kedua suspek lari bagaimanapun melarikan diri sejurus melepaskan tembakan.

Christine pada mulanya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, bagaimanapun meninggal dunia di dalam ambulans sebelum sempat tiba di pusat rawatan.

Pegawai polis Bulacan, Superintendan Julio Lizardo berkata, pihaknya kini sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar serangan.

"Buat masa ini, kami sedang mendapatkan petunjuk yang ada dalam kes ini. Kami juga menyiasat lelaki yang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.

"Kami percaya serangan dilakukan oleh pembunuh upahan. Pihak kami turut menemui kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya lagi


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.