Header Ads

Remaja Hampir Maut Selepas Lakukan Tekan Tubi 20 Kali Tanpa Henti




Akibat melakukan senaman tekan tubi sebanyak 20 kali tanpa henti, seorang remaja berumur 19 tahun hampir menemui ajal apabila jantung dan paru-parunya tiba-tiba kejang.

Kejadian tersebut berlaku di Kaohsiung, Taiwan dan ketika itu remaja tersebut dikatakan sedang menjalani senaman kecergasan. 

Difahamkan, sebaik sahaja selesai menjalani senaman latihan tekan tubi, remaja itu mengalami kesakitan di bahagian atas perut dan kemudian terus pengsan.

Memetik laporan akhbar Apple di Taiwan, doktor berkata hasil rawatan mendapati diafragma dalam badannya telah pecah, sekaligus mengakibatkan limpa dan perut beralih masuk ke bahagian dada. 

Seterusnya bahagian jantung dan juga paru-paru berubah dari kedudukan asal. Selepas dua hari ditemui dalam keadaan pengsan, lelaki itu serta-merta dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan. 

Walau bagaimanapun, lelaki itu akhirnya berjaya diselamatkan setelah menjalani pembedahan di bahagian limpa dan perutnya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.