Header Ads

Rempuh Tujuh Kenderaan Lain Untuk Elak Diri Dari Kena Cekup Polis




Empat lelaki ditahan apabila mereka cuba mengelak pemeriksaan polis dengan merempuh tujuh kenderaan di Taman Intan Baiduri.

Polis berjaya menghentikan suspek dengan menembak tayar kereta Perodua MyVi yang dinaiki mereka dalam kejadian kira-kira pukul 8.30, Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata sepasukan polis daripada Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) sedang menjalankan rondaan apabila mereka terserempak dengan kenderaan Perodua yang mencurigakan berhampiran rumah pangsa di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, suspek akhirnya merempuh tujuh kenderaan sebelum polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu dengan menyasarkan tayar.

"Pasukan itu memperkenalkan diri mereka dan cuba untuk menghentikan kenderaan suspek.

"Namun mereka mengundur dan hampir melanggar beberapa pejalan kaki,"

"Satu daripada tembakan mengenai lengan kiri salah seorang suspek.

"Kami berjaya memberkas empat suspek berusia antara 21 dan 23 yang berada di dalam kereta mereka," 

Kes itu disiasat kerana cubaan membunuh.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.