Header Ads

Restoran Nasi Kandar Pelita Jelas Cerita Sebenar Dan Lelaki Tampil Nafi Fitnah Restoran Tersebut




Baru-baru ini tular di media sosial tentang bil yang tertera 'cuci muntah pelanggan' sebanyak RM15.

Kecoh gara-gara dikatakan ianya caj yang tidak masuk akal, jurucakap restoran Nasi Kandar Pelita tampil memberikan jawapan.

“Itu bukan muntah kanak-kanak, itu muntah orang dewasa. Disebabkan keadaan muntah di pinggan dan gelas itu sangat teruk, kami membuat keputusan untuk membuangnya terus dan sebab itulah dikenakan caj,”katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi selepas cawangan Nasi Kandar Pelita di Jalan Ampang didatangi enam individu dalam keadaan mabuk.

Dua daripadanya muntah ke atas makanan tersebut.

“Kejadian itu sekali gus mendatangkan rasa tidak senang terhadap pelangggan sekitar. Malah disebabkan keadaan pinggan terlalu kotor kami membuat keputusan untuk membuangnya.” 

Sekali lagi ditegaskan, caj tersebut dikenakan bukan untuk cuci muntah, tapi untuk barang-barang yang dibuang seperti pinggan dan gelas. 


Dalam kes berkaitan, seorang lelaki yang mendakwa sebagai teman lelaki wanita berkenaan pula menjelaskan teman wanitanya itu hanya memuat naik gambar resit itu dengan tujuan untuk bergurau dengan rakan-rakannya sahaja. 

"Kami bayar RM15 kepada pihak Nasi Kandar Pelita tanpa banyak soal. Kami tak tahu beberapa laman Facebook telah sebarkan gambar resit tersebut tanpa mengetahui cerita sebenar."

Lelaki itu menegaskan bahawa mereka tidak memfitnah pihak restoran Pelita dan orang ramai diminta tidak melibatkan kes ini dengan isu perkauman.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.